Page 62 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 62

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  28a
                       Perkara  ini ditambahkan  oleh Akta  26/1963, seksyen 30,  berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                       Fasal  (1)
                       Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  09-08-1965.  ia
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                            “(1)  Bagi  maksud  Perkara  24,  25,  26  dan  26a  seseorang  yang  menjadi  warganegara
                         melalui kuat kuasa undang-undang kerana mempunyai taraf warganegara Singapura hendaklah
                         dikira—
                             (a)  sebagai warganegara melalui pendaftaran jika dia memperoleh taraf itu melalui
                                pendaftaran, atau jika dia memperolehnya melalui pendaftaran apabila dia pernah
                                menjadi (atau bagi maksud itu dikira menjadi) warganegara Persekutuan melalui
                                pendaftaran; dan
                             (b)  sebagai warganegara melalui penaturalisasian, jika dia memperoleh taraf itu melalui
                                penaturalisasian, atau jika memperolehnya melalui pendaftaran apabila dia pernah
                                menjadi (atau bagi maksud itu dikira menjadi) warganegara Persekutuan melalui
                                penaturalisasian,
                         dan  sebutan  dalam  Perkara  itu  mengenai  pendaftaran  atau  penaturalisasian  seseorang
                         warganegara  hendaklah ditafsirkan  dengan sewajarnya.”.
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67