Page 63 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 63
[Perkara 28a] Perlembagaan Persekutuan 41
(4) jika di bawah Perkara ini seseorang yang dilahirkan
sebelum Hari Malaysia hendaklah dikira sebagai warganegara
melalui pendaftaran oleh sebab hubungan dengan Negeri Sabah
atau Sarawak dan dia tidak dilahirkan di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, maka Perkara
25 hendaklah terpakai baginya seolah-olah dia ialah seorang
warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16a atau 17*.
(5) Walaupun di bawah Perkara ini seseorang hendaklah
dikira sebagai warganegara melalui penaturalisasian, dia tidaklah
boleh dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Perkara 25 jika
dia dilahirkan sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang
termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, dan dia hendaklah
dikira sedemikian oleh sebab taraf yang diperoleh melalui atau
berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.
(6) Tanpa menjejaskan Fasal-Fasal yang terdahulu, jika pada
Hari Malaysia seseorang menjadi warganegara melalui kuat kuasa
undang-undang oleh sebab apa-apa taraf yang dimilikinya sebaik
sebelum hari itu, tetapi taraf itu boleh dilucutkan daripadanya di
bawah undang-undang yang berhubungan dengan pelucutan itu
berkenaan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum hari
itu, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan
kewarganegaraannya, jika prosiding bagi maksud itu dimulakan
sebelum bulan September 1965; tetapi Fasal (2) Perkara 26b dan,
tertakluk kepada Fasal (7), Perkara 27 hendaklah terpakai bagi
perintah di bawah Fasal ini sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai
bagi perintah di bawah Perkara 25.
(7) jika seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraannya di
bawah Fasal (6) dan prosiding telah dimulakan sebelum Hari
Malaysia untuk melucutkan taraf yang disebabkan olehnya dia
memperoleh kewarganegaraannya, maka prosiding itu hendaklah
dikira sebagai prosiding untuk melucutkan kewarganegaraannya di
bawah Fasal itu, dan hendaklah diteruskan sebagai yang demikian;
tetapi prosiding itu hendaklah diteruskan mengikut undang-undang
yang berhubungan dengan taraf itu sebaik sebelum Hari Malaysia,
dan fungsi Kerajaan Persekutuan berhubung dengannya hendaklah
diwakilkan kepada mana-mana pihak berkuasa Negeri yang
berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
*CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1962 [akta 14/1962]
mula berkuat kuasa pada 1 julai 1963—lihat seksyen 5 Akta 14/1962. lihat juga catatan pada
Perkara 17.

