Page 238 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 238

129                 Perlembagaan Persekutuan          [Perkara  122b]

                    pelantikan hakim-hakim mahkamah persekutuan, mahkamah
                    rayuan  dan  mahkamah tinggi

                    122b.  (1)  Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
                    Mahkamah rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan
                    (tertakluk kepada Perkara 122c) hakim-hakim yang lain Mahkamah
                    Persekutuan, Mahkamah rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi
                    hendaklah  dilantik  oleh Yang  di-Pertuan Agong,  yang  bertindak
                    atas  nasihat  Perdana  Menteri,  selepas  berunding  dengan  Majlis
                    raja-raja.

                      (2)  Sebelum  memberikan  nasihatnya  di  bawah  Fasal  (1)
                    tentang pelantikan seseorang hakim, selain Ketua Hakim Negara
                    Mahkamah  Persekutuan,  Perdana  Menteri  hendaklah  berunding
                    dengan  Ketua Hakim  Negara.

                      (3)  Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang
                    pelantikan  Hakim  Besar  Mahkamah  Tinggi,  Perdana  Menteri
                    hendaklah berunding dengan Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi
                    dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Tinggi di
                    Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan
                    Ketua Menteri  bagi  setiap  Negeri  Sabah  dan  Sarawak.

                      (4)  Sebelum  memberikan  nasihatnya  di  bawah  Fasal  (1)
                    tentang pelantikan seseorang hakim selain Ketua Hakim Negara,
                    Presiden atau seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri hendaklah
                    berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,
                    jika  pelantikan  itu  ialah  pelantikan  ke  Mahkamah  Persekutuan,
                    dengan  Presiden  Mahkamah  rayuan,  jika  pelantikan  itu  ialah
                    pelantikan  ke  Mahkamah  rayuan  dan,  jika  pelantikan  itu  ialah
                    pelantikan ke mana-mana satu Mahkamah Tinggi, dengan Hakim
                    Besar Mahkamah  itu.


                      (5)  Perkara  ini  hendaklah  terpakai  bagi  penetapan  seseorang
                    untuk  bersidang  sebagai  hakim  Mahkamah  Tinggi  di  bawah
                    Fasal  (2)  Perkara  122aa  sebagaimana  Perkara  ini  terpakai  bagi
                    pelantikan  seseorang  hakim  mahkamah  itu, selain Hakim Besar.

                      (6)  Walau  apa  pun  tarikh  pelantikan  mereka  masing-masing
                    sebagai  hakim  Mahkamah  Persekutuan,  Mahkamah  rayuan  atau
                    Mahkamah  Tinggi, Yang  di-Pertuan Agong,  yang  bertindak  atas
                    nasihat Perdana Menteri yang diberikan selepas berunding dengan
                    Ketua  Hakim  Negara,  boleh  menentukan  susunan  keutamaan
                    hakim-hakim  sesama  mereka  sendiri.
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243