Page 251 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 251
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 131—(samb.)
Fasal (2)
Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya, sesuatu rayuan dibenarkan di bawah
Perkara ini dalam hal-hal yang berikut, iaitu:
(a) dalam hal apa-apa keputusan terhadap rayuan daripada Mahkamah Agung Persekutuan
yang akan dilayani oleh Baginda ratu dalam Majlis (dengan atau tanpa kebenaran
istimewa) sebaik sebelum Hari Merdeka; dan
(b) dalam hal apa-apa keputusan tentang kuat kuasa mana-mana peruntukan Perlembagaan
ini, termasuk apa-apa pendapat yang diumumkan setelah rujukan dibuat di bawah
Perkara 130.”.
Fasal (1), (3) & (4)
Kemudiannya pula, Fasal (1), (3) dan (4) dimansuhkan oleh Akta A566, seksyen 17, berkuat
kuasa dari 01-01-1985. Fasal ini berbunyi seperti yang berikut:
“(1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat perkiraan dengan Baginda ratu untuk
merujukkan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Persekutuan kepada jawatankuasa Kehakiman
Majlis Privy Baginda ratu; dan, tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, sesuatu rayuan
daripada Mahkamah itu hendaklah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong jika rayuan itu
dibenarkan oleh undang-undang persekutuan, dan yang berkenaan dengannya peruntukan
bagi merujukkannya kepada jawatankuasa tersebut dibuat oleh atau di bawah enakmen
yang mengawal selia prosiding jawatankuasa itu.
(3) Apa-apa rayuan di bawah Perkara ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat
tentang kebenaran atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang
persekutuan atau oleh atau di bawah enakmen yang mengawal selia prosiding jawatankuasa
Kehakiman Majlis Privy Baginda ratu.
(4) Apabila diterima laporan atau syor jawatankuasa tersebut berkenaan dengan sesuatu
rayuan di bawah Perkara ini daripada Kerajaan Baginda ratu di United Kingdom, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk
melaksanakan laporan atau syor itu.”.
lihat—
i. P.W. 1254/1958;
ii. P.U. 30/1964; dan
iii. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [akta 91], seksyen 74 hingga 79.
per. 131a
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 21, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. Perkataan “Persekutuan” digantikan dengan “Agung” oleh Akta A566, subseksyen 16(1),
berkuat kuasa dari 01-01-1985.
3. Dalam nota bahu, perkataan “Presiden” dimasukkan selepas perkataan “Ketua Hakim
Negara,” oleh Akta A885, perenggan 27(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (1)
Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” digantikan dengan “Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan atau Presiden Mahkamah rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi”,
dan perkataan “lain” dan “Agung” masing-masingnya digantikan dengan perkataan “seorang”
dan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 27(b), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (2)
Perkataan “Presiden Mahkamah rayuan atau” dimasukkan selepas perkataan “fungsi” pada kali
pertama perkataan itu terdapat, dan perkataan “mahkamah itu” digantikan dengan “Mahkamah
rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan” dan perkataan “Agung”
digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 27(c), berkuat kuasa dari
24-06-1994.

