Page 255 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 255
[Perkara 132] Perlembagaan Persekutuan 138
(4) Sebutan dalam Bahagian ini, kecuali dalam Perkara 136
dan 147, mengenai orang dalam perkhidmatan awam atau anggota
mana-mana perkhidmatan awam tidaklah terpakai bagi—
(a) (Dimansuhkan);
(b) Peguam Negara atau, jika peruntukan bagi cara pelantikan
dan pemecatannya daripada jawatan dimasukkan dengan
khususnya dalam Perlembagaan Negeri itu, atau jika dia
dilantik bukan daripada kalangan anggota perkhidmatan
kehakiman dan perundangan atau perkhidmatan awam Negeri,
penasihat undang-undang mana-mana Negeri; atau
(c) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan
Agong atau raja atau Yang di-Pertua Negeri; atau
(d) dalam hal Melaka dan Pulau Pinang, jika peruntukan dibuat
melalui undang-undang Negeri bagi pelantikan mereka—
(i) Yang di-Pertua jabatan Hal Ehwal Agama;
(ii) Setiausaha jabatan Hal Ehwal Agama;
(iii) Mufti;
(iv) Kadi Besar; atau
(v) Kadi.
perkhidmatan bersama, dsb.
133. (1) Perkhidmatan bersama, untuk kegunaan bersama
Persekutuan dan satu Negeri atau lebih atau, atas permintaan
Negeri-Negeri yang berkenaan, untuk dua Negeri atau lebih, boleh
ditubuhkan melalui undang-undang persekutuan.
(2) jika seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam
diambil kerja—
(a) sebahagiannya bagi maksud persekutuan dan sebahagiannya
bagi maksud Negeri; atau
(b) bagi maksud dua Negeri atau lebih,
maka perkadaran saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh
Persekutuan dan Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan atau,
mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap Negeri yang
berkenaan, hendaklah, tertakluk kepada undang-undang persekutuan,
ditentukan dengan persetujuan atau, jika tidak ada persetujuan,
oleh Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi anggota itu.

