Page 249 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 249
[Perkara 128] Perlembagaan Persekutuan 135
memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang
mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—
(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat
oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri
adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu
membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang
mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana
yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak
mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan
Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana
Negeri.
(2) Tanpa menjejaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah
Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu
mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana
peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai
bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang
mengawal selia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan
soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang
satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.
(3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan
rayuan dari Mahkamah rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang
hakim Mahkamah itu hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan
oleh undang-undang persekutuan.
129. (Dimansuhkan).
bidang kuasa nasihat mahkamah persekutuan
130. Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah
Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan
mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit
atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah
Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang
apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam
mahkamah terbuka.
131. (Dimansuhkan).

