Page 247 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 247

[Perkara  125a]     Perlembagaan  Persekutuan                   134

              penjalanan kuasa  oleh  hakim-hakim

              125a.  (1)  Walau  apa  pun  apa-apa  jua  yang  terkandung  dalam
              Perlembagaan ini, dengan ini  ditegaskan  bahawa—
                    (a)  Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang
                        hakim Mahkamah Persekutuan boleh menjalankan semua
                        atau  mana-mana  kuasa  hakim  Mahkamah  rayuan  dan
                        hakim  Mahkamah Tinggi;

                   (aa)  Presiden Mahkamah rayuan dan seseorang hakim Mahkamah
                        rayuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa
                        hakim  Mahkamah Tinggi;  dan

                    (b)  seseorang  hakim  Mahkamah  Tinggi  di  Malaya  boleh
                        menjalankan  semua  atau  mana-mana  kuasa  hakim
                        Mahkamah  Tinggi  di  Sabah  dan  Sarawak,  dan
                        sebaliknya.


                (2)  Peruntukan  Perkara  ini  hendaklah  disifatkan  telah
              menjadi  suatu  bahagian  perlu  Perlembagaan  ini  mulai  dari  Hari
              Malaysia.



              kuasa menghukum  kerana  penghinaan

              126.  Mahkamah Persekutuan, Mahkamah rayuan atau Mahkamah
              Tinggi berkuasa  menghukum  apa-apa penghinaan terhadapnya.



              sekatan  mengenai  perbincangan  di  dalam  parlimen  tentang
              kelakuan  hakim

              127.  Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
              rayuan  atau  Mahkamah  Tinggi  tidaklah  boleh  dibincangkan  di
              dalam  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  kecuali  atas  suatu  usul
              khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang
              daripada  satu  perempat  daripada  jumlah  bilangan  ahli  Majlis
              Parlimen  itu,  dan  tidaklah  boleh  dibincangkan  di  dalam  Dewan
              Undangan mana-mana  Negeri.


              bidang kuasa  mahkamah  persekutuan


              128.  (1)  Hanya  Mahkamah  Persekutuan  sahaja,  dan  tidak
              mana-mana  mahkamah  lain,  mempunyai  bidang  kuasa  bagi
   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252