Page 253 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 253

[Perkara  132]      Perlembagaan  Persekutuan                   137

                (2)  Kecuali  sebagaimana  yang  diperuntukkan  dengan  nyata
              selainnya oleh  Perlembagaan ini, kelayakan  bagi  pelantikan  dan
              syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan
              awam,  selain  orang  dalam  perkhidmatan  yang  disebut  dalam
              perenggan  (g)  Fasal  (1),  boleh  dikawal  selia  melalui  undang-
              undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana
              undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
              kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang
              dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri boleh dikawal selia
              melalui undang-undang Negeri dan, tertakluk kepada peruntukan
              mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh raja atau Yang
              di-Pertua Negeri  bagi  Negeri itu.

                (2a)  Kecuali  sebagaimana  yang  diperuntukkan  dengan  nyata
              oleh  Perlembagaan  ini,  tiap-tiap  orang  yang  menjadi  anggota
              mana-mana  perkhidmatan  yang  disebut  dalam  perenggan  (a),
              (b),  (c),  (d),  (f)  dan  (h)  Fasal  (1)  memegang  jawatan  selama
              diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan, kecuali sebagaimana
              yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan Negeri itu,
              tiap-tiap orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam sesuatu
              Negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh raja atau
              Yang di-Pertua Negeri.

                (3)  Perkhidmatan  awam  tidaklah  dikira  sebagai  termasuk—

                    (a)  jawatan  mana-mana  anggota  pentadbiran  di  dalam
                        Persekutuan  atau sesuatu Negeri;  atau
                    (b)  jawatan Yang  di-Pertua  Dewan  Negara, Yang  di-Pertua
                        Dewan rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara,
                        Timbalan Yang di-Pertua Dewan rakyat, Yang di-Pertua
                        atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
                        atau  ahli  mana-mana  satu  Majlis  Parlimen  atau  ahli
                        Dewan Undangan  sesuatu  Negeri;  atau

                    (c)  jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah rayuan
                        atau Mahkamah Tinggi; atau
                    (d)  jawatan  anggota  mana-mana  Suruhanjaya  atau  Majlis
                        yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana
                        Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan
                        oleh Perlembagaan  sesuatu  Negeri;  atau

                    (e)  apa-apa  jawatan  diplomatik  yang  ditetapkan  oleh Yang
                        di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu jawatan yang,
                        jika  tidak  kerana  perintah  itu,  akan  menjadi  jawatan
                        dalam  perkhidmatan awam  am  Persekutuan.
   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257   258