Page 252 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 252

136                 Perlembagaan Persekutuan          [Perkara  131a]

                    peruntukan  berkenaan  dengan  ketidakupayaan,  dsb.,  ketua
                    Hakim  negara,  presiden atau  Hakim  besar

                    131a.  (1)  Apa-apa peruntukan yang dibuat oleh undang-undang
                    persekutuan  supaya  fungsi  Ketua  Hakim  Negara  Mahkamah
                    Persekutuan atau Presiden Mahkamah rayuan atau Hakim Besar
                    Mahkamah Tinggi dilaksanakan oleh seorang hakim lain Mahkamah
                    Persekutuan sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau
                    sekiranya  Ketua  Hakim  Negara,  Presiden  atau  Hakim  Besar  itu
                    tidak berdaya menjalankan fungsinya, bolehlah meliputi fungsinya
                    di bawah Perlembagaan ini.


                      (2)  Apa-apa  peruntukan  yang  dibuat  oleh  undang-undang
                    persekutuan supaya fungsi Presiden Mahkamah rayuan atau Hakim
                    Besar  Mahkamah  Tinggi  dilaksanakan  oleh  seorang  hakim  lain
                    Mahkamah rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana
                    yang  berkenaan,  sekiranya  berlaku  kekosongan  dalam  jawatan
                    itu  atau  sekiranya  Presiden  atau  Hakim  Besar  itu  tidak  berdaya
                    menjalankan  fungsinya,  bolehlah  meliputi  fungsi  Presiden  atau
                    Hakim  Besar  di  bawah  Perlembagaan  ini  selain  fungsi  sebagai
                    hakim  Mahkamah  Persekutuan.


                                               Bahagian X


                                PErKHiDMATAN-PErKHiDMATAN AWAM

                    perkhidmatan-perkhidmatan  awam

                    132.  (1)  Bagi  maksud  Perlembagaan  ini,  perkhidmatan-
                    perkhidmatan  awam  ialah—
                          (a)  angkatan  tentera;

                          (b)  perkhidmatan  kehakiman dan  perundangan;

                          (c)  perkhidmatan  awam  am  Persekutuan;
                          (d)  pasukan polis;

                          (e)  (Dimansuhkan);
                          (f)  perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;

                          (g)  perkhidmatan  awam  setiap  Negeri;  dan

                          (h)  perkhidmatan  pendidikan.
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257