Page 254 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 254
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
bahagian X
lihat Per. 153(3) & 160(2) takrif “jawatan berpendapatan”.
per. 132
Fasal (1)
a. Perkataan “perkhidmatan polis” dalam perenggan (d) digantikan dengan “pasukan polis”
oleh Akta 10/1960, perenggan 17(a), berkuat kuasa dari 31-05-1960.
b. lihat Per. 134(1), 135(1), (3) & 139(1).
c. Perkataan “dan” di hujung perenggan (f) dipotong dan perenggan baru (h) dimasukkan
oleh Akta A193, seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1974.
d. Perenggan (e) dipotong oleh Akta A855, perenggan 28(a), berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Perenggan (e) yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(e) perkhidmatan keretapi;”.
Fasal (2)
a. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
b. lihat Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
[P.U. (a) 395/1993].
Fasal (2a)
a. Ditambahkan oleh Akta 10/1960, perenggan 17(b), berkuat kuasa dari 31-05-1960.
b. Perkataan “(e) dan (f)” digantikan dengan “(e), (f) dan (h)” oleh Akta A193,
seksyen 2, berkuat kuasa dari 01-01-1974.
c. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
d. Huruf dan tanda baca “(e),” dipotong oleh Akta A885, perenggan 28(b), berkuat kuasa
dari 24-06-1994.
Fasal (3)
a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 26/1963, seksyen 58, berkuat kuasa dari
16-09-1963 dan menggantikan Fasal yang dahulu yang peruntukannya adalah seperti
yang berikut pada tarikh pemansuhan:
“(3) Tertakluk kepada Fasal (4), sebutan mengenai orang dalam perkhidmatan awam
atau anggota mana-mana perkhidmatan awam itu tidaklah termasuk sebutan mengenai
yang berikut, iaitu:
(a) mana-mana Menteri atau Menteri Muda bagi Persekutuan dan Ketua Menteri
atau mana-mana anggota lain Majlis Mesyuarat Kerajaan sesuatu Negeri;
(b) ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri;
(c) Setiausaha mana-mana Majlis Parlimen dan mana-mana anggota kakitangan
Parlimen;
(d) melainkan jika dia dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan kehakiman
dan perundangan atau perkhidmatan awam Negerinya itu, penasihat undang-
undang mana-mana Negeri;
(e) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan Agong atau raja atau
gabenor;
(f) orang yang memegang jawatan diplomatik dalam perkhidmatan awam am
Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui
perintah;
mahupun anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan
ini, kecuali jika dia ialah anggota mana-mana perkhidmatan awam atas sesuatu sifat
yang lain, sebutan termasuklah sebutan mengenai dirinya atas sifat itu.”.
b. Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
rayuan” oleh Akta A885, perenggan 28(c), berkuat kuasa dari 24-06-1994.

