Page 257 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 257
[Perkara 134] Perlembagaan Persekutuan 139
peminjaman pegawai
134. (1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri,
pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun atau
mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan
mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan
Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana
yang berkenaan; dan sesuatu Negeri boleh, atas permintaan
Persekutuan, suatu Negeri lain, suatu pihak berkuasa tempatan
atau suatu pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi,
di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota
perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan Persekutuan,
Negeri lain, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-
mana yang berkenaan.
(2) Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini hendaklah
tetap menjadi anggota perkhidmatan yang dianggotainya, tetapi
saraannya hendaklah dibayar oleh Persekutuan, Negeri, pihak
berkuasa atau organisasi, mengikut mana-mana yang berkenaan,
yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan.
sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat
135. (1) Tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan
yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) Fasal (1)
Perkara 132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh
sesuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa
yang, pada masa pembuangan kerja atau penurunan pangkat itu,
mempunyai kuasa untuk melantik seseorang anggota perkhidmatan
itu yang sama pangkatnya:
Dengan syarat bahawa dalam pemakaiannya bagi anggota-anggota
perkhidmatan-perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g)
Fasal (1) Perkara 132, Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa
undang-undang yang mungkin dibuat oleh badan perundangan
mana-mana Negeri, selain Pulau Pinang dan Melaka, yang
memperuntukkan bahawa segala kuasa dan fungsi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri itu, selain kuasa untuk membuat
pelantikan pertama ke perjawatan tetap atau perjawatan berpencen
hendaklah dijalankan oleh suatu Lembaga yang dilantik oleh raja
Negeri itu:

