Page 258 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 258

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  134

                       Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta A885, seksyen 29, berkuat kuasa dari 24-06-1994,
                       dan  menggantikan  Fasal  asal  sebagaimana  yang  terdapat  pada  Hari  Merdeka  yang  berbunyi
                       seperti yang berikut:
                         “134.  (1)  Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, meminjamkan mana-mana
                         anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d) atau (f)
                         Fasal  (1)  Perkara  132  kepada  perkhidmatan  Negeri  itu;  dan  sesuatu  Negeri  boleh,  atas
                         permintaan  Persekutuan  atau  permintaan  suatu  Negeri  lain,  meminjamkan  mana-mana
                         anggota perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan Persekutuan atau, mengikut
                         mana-mana yang  berkenaan, kepada perkhidmatan Negeri yang lain itu.
                            (2)  Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini tetap menjadi anggota perkhidmatan
                         yang  dianggotainya,  tetapi  saraannya  hendaklah  dibayar  oleh  Negeri  yang  berkenaan  itu
                         jika dia dipinjamkan kepada perkhidmatan Negeri itu, atau dibayar oleh Persekutuan jika
                         dia dipinjamkan kepada  perkhidmatan Persekutuan.”.
                       Fasal  (2): lihat Per.  146D(1).

                    per.  135
                       Fasal  (1)
                         a.  lihat Per.  144(5a) & (5b).
                         b.  Perkataan “(g)” digantikan dengan “(h)” oleh Akta A193, seksyen 3, berkuat kuasa dari
                           01-01-1974.
                         c.  Proviso dimasukkan oleh Akta 27/1968, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-09-1968 oleh
                           Akta A31,  perenggan 5(b),  berkuat  kuasa dari 24-03-1971.
                         d.  Proviso selanjutnya dimasukkan oleh Akta A354, perenggan 30(a), berkuat kuasa dari
                           27-08-1976.
   253   254   255   256   257   258   259   260   261   262   263