Page 261 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 261

[Perkara  135]      Perlembagaan  Persekutuan                   141

                Dengan  syarat  selanjutnya  bahawa  bagi  maksud  Perkara  ini,
              jika  perkhidmatan  seseorang  anggota  sesuatu  perkhidmatan
              itu  ditamatkan  demi  kepentingan  awam  di  bawah  mana-mana
              undang-undang yang sedang berkuat kuasa atau di bawah mana-
              mana peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah
              Fasal  (2)  Perkara  132,  penamatan  perkhidmatan  itu  tidaklah
              merupakan pembuangan kerja sama ada atau tidak keputusan untuk
              menamatkan  perkhidmatan  itu  dikaitkan  dengan  salah  laku  atau
              pelaksanaan  kewajipan  dengan  tidak  memuaskan  oleh  anggota
              itu  berhubung  dengan  jawatannya,  atau  akibat  penamatan  itu
              melibatkan unsur hukuman; dan proviso ini hendaklah disifatkan
              telah menjadi suatu bahagian integral Perkara ini mulai dari Hari
              Merdeka.


                (3)  Tanpa persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
              Perundangan, tiada seorang pun anggota mana-mana perkhidmatan
              yang disebut dalam perenggan (c), (f) atau (g) Fasal (1) Perkara
              132 boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat atau menanggung
              apa-apa  langkah  tatatertib  yang  lain  kerana  apa-apa  jua  yang
              dilakukan  atau  ditinggalkan  daripada  dilakukan  olehnya  pada
              menjalankan sesuatu fungsi kehakiman yang diberikan kepadanya
              oleh undang-undang.



              layanan saksama  bagi pekerja  persekutuan

              136.  Tertakluk  kepada  terma-terma  dan  syarat-syarat  pekerjaan
              mereka,  semua  orang,  walau  apa  pun  rasnya,  dalam  gred  yang
              sama dalam perkhidmatan Persekutuan hendaklah diberi layanan
              yang saksama.



              majlis angkatan tentera

              137.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang
              hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan
              Agong  bagi  pemerintahan,  tatatertib  dan  pentadbiran  angkatan
              tentera,  dan  segala  perkara  lain  yang  berhubungan  dengannya
              selain  perkara  yang  berhubungan  dengan  penggunaan  angkatan
              tentera  bagi  maksud operasi.

                (2)  Fasal  (1)  berkuat  kuasa  tertakluk  kepada  peruntukan
              mana-mana  undang-undang  persekutuan,  dan  mana-mana
              undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi peletakhakan
              apa-apa fungsi mengenai angkatan tentera pada Majlis Angkatan
              Tentera.
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266