Page 263 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 263
[Perkara 137] Perlembagaan Persekutuan 142
(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota
yang berikut, iaitu:
(a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi pertahanan, yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
(b) seorang anggota yang mewakili Duli-Duli Yang Maha
Mulia raja-raja, yang hendaklah dilantik oleh Majlis
raja-raja;
(c) Panglima Angkatan Tentera yang hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong;
(d) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan
tugas jawatan Ketua Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah
bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera;
(e) dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(f) seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(g) seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(h) dua orang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota
tentera atau preman, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong.
(4) Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun
ada kekosongan dalam keanggotaannya dan, tertakluk kepada
Perlembagaan ini dan kepada undang-undang persekutuan, boleh
membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang
berikut:
(a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan
dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit;
(b) tugas dan tanggungjawab anggota Majlis itu masing-
masing, termasuk perwakilan mana-mana kuasa atau
tugasnya kepada mana-mana anggota Majlis itu;
(c) rundingan yang diadakan oleh Majlis itu dengan orang
selain anggotanya;
(d) tatacara yang akan diikuti oleh Majlis itu pada menjalankan
urusannya (termasuk menetapkan kuorum), melantik,
mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada
kalangan anggotanya, dan fungsi naib pengerusi;

