Page 265 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 265

[Perkara  137]      Perlembagaan  Persekutuan                   143

                    (e)  apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Majlis itu perlu
                        atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya untuk
                        melaksanakan fungsinya dengan  lebih baik.



              suruhanjaya  perkhidmatan kehakiman dan  perundangan

              138.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan
              Kehakiman  dan  Perundangan  yang  bidang  kuasanya  hendaklah
              meliputi  semua  anggota  perkhidmatan  kehakiman  dan
              perundangan.

                (2)  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan
              hendaklah  terdiri  daripada—

                    (a)  Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang hendaklah
                        menjadi Pengerusi;

                    (b)  Peguam Negara atau, jika Peguam Negara ialah seorang
                        ahli  Parlimen  atau  dilantik  tidak  daripada  kalangan
                        anggota  Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan,
                        Peguam  Cara Negara;  dan
                    (c)  seorang anggota lain atau lebih yang hendaklah dilantik
                        oleh Yang  di-Pertuan Agong  selepas  berunding  dengan
                        Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, daripada
                        kalangan orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau
                        yang  layak  menjadi,  hakim  Mahkamah  Persekutuan,
                        Mahkamah  rayuan  atau  Mahkamah  Tinggi  atau  yang
                        pernah  menjadi  hakim  Mahkamah  Besar  sebelum  Hari
                        Malaysia.

                (3)  Orang yang menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan
              Awam hendaklah juga menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan
              Kehakiman dan  Perundangan.



              suruhanjaya  perkhidmatan awam

              139.  (1)  Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan
              Awam yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara
              144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan-
              perkhidmatan  yang  disebut  dalam  perenggan  (c)  dan  (f)
              Fasal (1) Perkara 132, selain Ketua Audit Negara, meliputi anggota
              perkhidmatan-perkhidmatan awam Negeri Melaka dan Negeri Pulau
              Pinang, dan, setakat yang diperuntukkan oleh Fasal (2), meliputi
              anggota perkhidmatan  awam  mana-mana  Negeri lain.
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270