Page 264 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 264
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 137
Fasal (3)
a. Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 19, berkuat kuasa dari
31-05-1960. Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut,
iaitu—
(a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
pertahanan, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b) seorang anggota mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia, yang hendaklah dilantik
oleh Majlis raja-raja;
(c) Pegawai Pemerintah Agung Angkatan Tentera Persekutuan, yang hendaklah
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah menjadi Ketua Turus
Angkatan Tentera Persekutuan;
(d) pegawai turus kanan Tentera Persekutuan yang bertanggungjawab bagi kakitangan
dan pegawai turus kanan Tentera Persekutuan yang bertanggungjawab bagi
barang stor, kelengkapan dan rumah Kerajaan;
(e) mana-mana pegawai yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memerintah
Tentera Laut Persekutuan atau Tentera Udara Persekutuan;
(f) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas-tugas jawatan
Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai setiausaha kepada
Majlis;
(g) seorang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau preman,
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.”.
b. Perkataan “Tentera Laut Diraja Malaya” dalam perenggan (f) dan “Tentera Udara
Diraja Malaya” dalam perenggan (g) masing-masing digantikan dengan “Tentera Laut
Persekutuan” dan “Tentera Udara Persekutuan” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat
kuasa dari 16-09-1963.
c. Perkataan “Duli-Duli Yang Maha Mulia” dalam perenggan (b) digantikan dengan
“Duli-Duli Yang Maha Mulia raja-raja” oleh Akta A31, seksyen 2, berkuat kuasa
dari 24-03-1971.
d. lihat Akta Angkatan Tentera 1972 [akta 77].
e. Perkataan “Ketua Turus Angkatan Tentera” digantikan dengan perkataan “Panglima Angkatan
Tentera” oleh Akta A1130, subseksyen 10(1), berkuat kuasa dari 28-09-2001.
Catatan:
1. Apabila Akta A1130 mula berkuat kuasa, tiap-tiap sebutan tentang “Ketua Turus Angkatan
Tentera” dalam semua undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
tentang “Panglima Angkatan Tentera”.
2. Apa-apa tindakan yang diambil oleh, atas nama atau terhadap “Panglima Angkatan
Tentera” sebelum Akta A1130 mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah diambil
dengan sah dan menurut undang-undang jika tindakan itu boleh diambil dengan sah dan
menurut undang-undang oleh, atas nama atau terhadap Ketua Turus Angkatan Tentera.

