Page 266 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 266

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  138

                       1.  Perkara  ini dimasukkan  oleh Akta  26/1963, seksyen 52, berkuat kuasa  dari  16-09-1963.
                       Fasal  (2)
                       Perkataan  “Tertakluk  kepada  Perkara  146a”  di  permulaan  Fasal  dipotong  oleh  Akta  A354,
                       perenggan 31(a),  berkuat kuasa dari  27-08-1976.
                       Fasal  2(b)
                       Perkataan “atau, jika Peguam Negara ialah seorang ahli Parlimen atau dilantik bukan daripada
                       kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Peguam Cara Negara” dimasukkan
                       oleh Akta A354,  perenggan 31(b),  berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  2(c)
                         a.  Perkataan  “atau  yang  layak  menjadi,”  dimasukkan  oleh Akta A354,  perenggan  31(c),
                           berkuat  kuasa  dari  27-08-1976.
                         b.  Subseksyen 18(2) Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.
                         c.  lihat juga Catatan mengenai  Perkara ini pada  halaman sebelumnya.
                         d.  Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” dan “Mahkamah Agung” masing-
                           masing digantikan dengan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan” dan “Mahkamah
                           Persekutuan,  Mahkamah  rayuan”  oleh  Akta  A885,  seksyen  30,  berkuat  kuasa  dari
                           24-06-1994.

                       2.  Perkara yang dahulu yang dimansuhkan oleh Akta 10/1960, seksyen 20, berkuat kuasa dari
                       31-05-1960,  berbunyi seperti  yang  berikut:
                          “138.  (1)  Maka  hendaklah  ada  suatu  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kehakiman  dan
                          Perundangan.
                            (2)  Tanpa menjejaskan fungsi-fungsi yang boleh dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
                          Kehakiman dan Perundangan di bawah mana-mana Perkara lain, bidang kuasa Suruhanjaya
                          hendaklah  meliputi  semua  anggota  Perkhidmatan  Kehakiman  dan  Perundangan  selain
                          Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah  Besar dan Peguam Negara.
                           (3)  Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah terdiri daripada—
                              (a)  Hakim Besar, yang  hendaklah menjadi Pengerusi;
                              (b)  Peguam Negara;
                              (c)  hakim puisne yang kanan;
                              (d)  timbalan  pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; dan
                              (e)  seorang atau beberapa orang anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
                                 Agong selepas berunding dengan Hakim Besar, daripada kalangan hakim atau
                                 bekas hakim  Mahkamah  Besar.”.
                       lihat Per.  148(1).
                    per.  139

                       lihat Per.  144(5b) & 148(1).
                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan  “perenggan  (c)  dan  (f)”  dalam  naskhah  asal  dipinda  oleh  Akta  10/1960,
                           perenggan  21(a),  berkuat  kuasa  dari  31-05-1960  supaya  dibaca  “perenggan  (b),  (c)
                           dan (f)”. Akta 26/1963, subseksyen 53(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963, mengekalkan
                           versi  asal  “perenggan (c) dan (f)”.
   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271