Page 291 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 291

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN

              per. 146b—(samb.)
                 2.  Perkara ini dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 13, berkuat kuasa dari 15-05-1981 dan
                 berbunyi seperti  yang berikut:
                   “146b.  (1)  Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang
                   diambil  kerja  dalam  jabatan  persekutuan  di  Negeri  Sabah  atau  Sarawak,  fungsi-fungsi
                   yang  akan  dijalankan  oleh  Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam  hendaklah,  selagi  Fasal  ini
                   berkuat kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri itu.
                     (2)  Cawangan  Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam  yang  ditubuhkan  bagi  sesuatu  Negeri
                   di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada enam orang anggota (dua orang daripadanya
                   hendaklah daripada kalangan anggota badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) yang
                   dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya tetapi selepas
                   menimbangkan nasihat  Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis raja-raja.
                     (3)  (Dimansuhkan).
                     (4)  Mana-mana  anggota  cawangan  Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam  yang  ditubuhkan
                   di  bawah  Fasal  (1)  sebagaimana  yang  ditetapkan  oleh  Pengerusi  Suruhanjaya  hendaklah
                   menjadi  pengerusi cawangan  itu.
                     (5)  Bilangan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dikehendaki oleh Fasal (4)
                   Perkara 139 adalah sama seperti bilangan anggota badan induknya, tidak termasuk mereka
                   yang  menjadi anggota sesuatu  cawangan tetapi bukan anggota badan  induk.

                     (6)  jika  sesuatu  jawatan  dalam  jabatan  persekutuan  di  Negeri  Sabah  atau  Sarawak
                   memerlukan kewajipan dijalankan di dalam atau berkenaan dengan Negeri yang satu lagi itu,
                   maka cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya meliputi jawatan
                   itu ialah cawangan bagi Negeri di mana ketua jabatan itu biasanya ditempatkan atau, jika
                   terdapat apa-apa keraguan atau kesulitan, mana-mana jua cawangan yang ditetapkan oleh
                   Kerajaan  Persekutuan.
                     (7)  Walau  apa  pun  Fasal  (2)  Perkara  134,  selagi  terdapat  cawangan  Suruhanjaya
                   Perkhidmatan Awam bagi Negeri Sabah atau Sarawak di bawah Perkara ini, bidang kuasa
                   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi (kecuali mengenai penjalanan kawalan
                   tatatertib ke atas mereka) anggota perkhidmatan awam Negeri itu yang dipinjamkan kepada
                   perkhidmatan awam am Persekutuan, selain anggota-anggota dalam atau di bawah apa-apa
                   gred yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri;
                   dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam anggota-anggota itu hendaklah disifatkan
                   (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka) sebagai anggota-anggota
                   perkhidmatan  awam am Persekutuan.

                     (8)  Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas
                   itu hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak sehingga
                   ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan.”.
              per.  146c
                 1.  Perkara  ini  ditambahkan  oleh Akta  26/1963,  seksyen  56,  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963
                 dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                   “146c.  (1)  jika  peruntukan  dibuat  oleh  undang-undang  persekutuan  bagi  menubuhkan
                   suatu  perkhidmatan  bersama  yang  am  bagi  Persekutuan  dan  bagi  sesuatu  Negeri  Borneo
                   atau  Singapura,  atau  bagi  dua  atau  lebih  daripada  Negeri  tersebut  sama  ada  berserta
                   Persekutuan  atau  tidak  berserta  Persekutuan,  dan  bagi  memberi  bidang  kuasa  berkenaan
                   dengan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
                   atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, maka undang-undang persekutuan boleh membuat
                   peruntukan  bagi  fungsi-fungsi  Suruhanjaya  yang  berhubungan  dengan  perkhidmatan  itu
                   dijalankan  oleh  mana-mana  cawangan  yang  pada  masa  ini  ditubuhkan  di  bawah  Perkara
                   146a  atau 146b bagi Negeri  itu atau mana-mana  Negeri  yang berkenaan itu.
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296