Page 289 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 289

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN
              per.  146a—(samb.)

                 Fasal  (3)
                 Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  19-09-1966  dan
                 berbunyi seperti  yang berikut:
                    “(3)  Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Singapura
                    hendaklah terdiri  daripada—
                       (a)  Hakim  Besar  Mahkamah  Tinggi  di  Singapura,  yang  hendaklah  menjadi
                          Pengerusi:
                       (b)  penasihat  undang-undang Negeri itu;
                       (c)  pengerusi  Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam Negeri  di Singapura;
                       (d)  hakim Mahkamah Tinggi di  Singapura yang ditetapkan oleh Hakim Besar;
                       (e)  tidak lebih daripada dua orang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang
                          menjadi  anggota  atau  anggota-anggota  badan  induk  yang  berkhidmat  di  bawah
                          Fasal (3) Perkara 146b yang menganggotai cawangan bagi Suruhanjaya Singapura
                          atau,  jika  Fasal  itu  tidak  berkuat  kuasa,  anggota  atau  anggota-anggota  yang
                          ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.”.

                 Fasal  (4)
                 Fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  31/1965,  subseksyen  2(2),  berkuat  kuasa  dari  01-07-1965
                 dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                    “(4)  Pada  bila-bila  masa  apabila  cawangan  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Kehakiman  dan
                    Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo memasukkan antara anggotanya lebih daripada
                    seorang  pengerusi  sesuatu  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  Negeri,  maka  peruntukan
                    yang  berikut hendaklah terpakai:
                       (a)  tidak lebih daripada seorang pengerusi itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat
                          cawangan itu, dan pengerusi yang berhak untuk hadir dan dipanggil ke mana-mana
                          mesyuarat hendaklah ditentukan oleh atau mengikut kaedah-kaedah cawangan itu
                          dan (tertakluk kepada kaedah-kaedah itu) apa-apa arahan am atau khas pengerusi
                          cawangan itu; dan
                       (b)  cawangan itu tidak boleh membuat pelantikan ke jawatan di dalam Negeri akan
                          mana-mana pengerusi itu pada mesyuarat yang dia tidak hadir dan tidak dipanggil,
                          melainkan jika dia mengizinkan mereka berbuat sedemikian.”.
                 Fasal  (5)
                 Perkataan  “atau  bagi  Singapura”  yang  terdapat  selepas  “bagi  Negeri-Negeri  Borneo”  dan
                 perkataan “atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan,” yang terdapat selepas
                 “bagi  sesuatu  Negeri  Borneo”  dipotong  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari
                 19-09-1966.
                 Fasal  (6)
                 Fasal  ini  dgantikan  oleh  Akta  59/1966,  seksyen  2,  berkuat  kuasa  dari  19-09-1966  dan
                 menggantikan Fasal yang  dahulu yang berbunyi seperti  yang berikut:
                    “(6)  Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas
                    itu—
                       (a)  berhubung  dengan  Negeri-Negeri  Borneo,  sehingga  ditetapkan  sebaliknya  oleh
                          Kerajaan Persekutuan; dan
                       (b)  berhubung dengan Singapura, sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya melalui
                          suatu Akta yang  diluluskan  dengan persetujuan gabenor.”.

              per.  146b
                 1.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 55, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
                 Fasal  (1)
                    a.  Perkataan “atau di Singapura” yang terdapat selepas “sesuatu Negeri Borneo” dipotong
                       oleh Akta  59/1966,  seksyen 2, berkuat  kuasa dari 09-08-1965.
                    b.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak”
                       oleh Akta A514,  perenggan 19(1)(b),  berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294