Page 290 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 290

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  146b—(samb.)
                       Fasal  (2)
                       Fasal ini digantikan oleh Akta A354, perenggan 36(a), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal
                       yang  dahulu  berbunyi seperti  yang  berikut:
                            “(2)  Tertakluk  kepada  Fasal  (3),  cawangan  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  yang
                         ditubuhkan bagi sesuatu Negeri di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada mana-mana
                         anggota daripada badan induk Suruhanjaya itu yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan
                         dan mana-mana anggota khas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pada membuat
                         mana-mana  pelantikan  di  bawah  Fasal  ini  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  bertindak
                         menurut  budi  bicaranya,  selepas  menimbangkan  nasihat  Perdana  Menteri  dan  berunding
                         dengan gabenor  Negeri  itu.”.
                       Fasal  (3)
                       Fasal  ini  dipotong  oleh  Akta  A354,  perenggan  36(b),  berkuat  kuasa  dari  27-08-1976  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                            “(3)  Selagi  Fasal  ini  berkuat  kuasa,  maka  di  mana-mana  Negeri  yang  pada  masa  ini
                         terdapat suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, anggota-anggota Suruhanjaya itu
                         hendaklah  secara  ex  officio  menjadi  anggota  cawangan  Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam
                         Negeri itu, dan cawangan itu hendaklah terdiri daripada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan
                         Awam  Negeri  itu  dan  tidak  lebih  daripada  dua  orang  anggota  daripada  badan  induk
                         Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang  ditetapkan oleh Kerajaan  Persekutuan.”.

                       Fasal  (6)
                       Perkataan  “sesuatu  Negeri  Borneo”  digantikan  dengan  “Negeri  Sabah  atau  Sarawak”  oleh
                       Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (7)
                          a.  Perkataan “atau Singapura” yang terdapat selepas perkataan “Negeri Borneo” dipotong
                           oleh Akta  59/1966,  seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
                          b.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                          c.  Perkataan “dan cawangan itu ditubuhkan mengikut Fasal (3)” selepas perkataan Suruhanjaya
                           “Perkhidmatan Awam di bawah Perkara ini” dipotong oleh Akta A354, perenggan 36(c),
                           berkuat  kuasa  dari  27-08-1976.
                          d.  Perkataan  “gabenor”  digantikan  dengan  “Yang  di-Pertua  Negeri”  oleh  Akta  A354,
                           seksyen 42,  berkuat kuasa dari  27-08-1976.
                       Fasal  (8)
                         a.  Fasal ini digantikan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965. Fasal
                           yang dahulu  berbunyi seperti  yang berikut:
                             “(8)  Fasal  (1)  dan  (3)  hendaklah  berkuat  kuasa  sehingga  akhir  bulan  Ogos  1968,
                           dan  selepas  itu  mana-mana  satu  daripada  Fasal  itu  hendaklah  terus  berkuat  kuasa—
                              (a)  berhubung dengan sesuatu Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh
                                 Kerajaan Persekutuan; dan
                              (b)  berhubung  dengan  Singapura,  sehingga  Parlimen  memperuntukkan  selainnya
                                 melalui suatu Akta  yang diluluskan dengan persetujuan gabenor.”.
                         b.  Perkataan “Fasal (1) dan (3) hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968,
                           dan  selepas  itu  mana-mana  satu  daripada  Fasal  itu”  digantikan  dengan  “Perkara  ini
                           hendaklah  berkuat  kuasa  sehingga  akhir  bulan  Ogos  1968,  dan  selepas  itu”  oleh
                           Akta A354, perenggan  36(d), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                         c.  Perkataan “Sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                         d.  lihat Per.  139(4),  146c(1), (2) &  (3).
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295