Page 293 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 293
[Perkara 146D] Perlembagaan Persekutuan 155
bidang kuasa suruhanjaya pasukan polis ke atas anggota
yang dipinjamkan daripada perkhidmatan negeri di negeri
sabah dan sarawak
146d. Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, bidang kuasa
Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi anggota-anggota
perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan
kepada pasukan polis; dan bagi maksud Suruhanjaya Pasukan
Polis mereka adalah disifatkan sebagai anggota pasukan polis.
(2) (Dimansuhkan).
(3) (Dimansuhkan).
perlindungan hak pencen
147. (1) Undang-undang yang terpakai bagi apa-apa pencen,
ganjaran atau elaun lain yang sepertinya (dalam Perkara ini
disebut “imbuhan”) yang diberikan kepada seseorang anggota
mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya,
orang tanggungannya atau wakil dirinya, hendaklah undang-
undang yang berkuat kuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa
undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada
orang yang diberi imbuhan itu.
(2) Bagi maksud Perkara ini hari yang berkaitan—
(a) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan sebelum
Hari Merdeka, ialah tarikh imbuhan itu diberikan;
(b) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan selepas
Hari Merdeka kepada atau berkenaan dengan mana-mana
orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan
awam sebelum Hari Merdeka, ialah tiga puluh hari bulan
Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;
(c) berhubung dengan sesuatu imbuhan yang diberikan kepada
atau berkenaan dengan mana-mana orang yang menjadi
anggota mana-mana perkhidmatan awam bagi pertama
kali pada atau selepas Hari Merdeka, ialah tarikh dia
pertama kali menjadi anggota sedemikian.
(3) Bagi maksud Perkara ini, jika undang-undang yang terpakai
bagi sesuatu imbuhan bergantung pada pilihan orang yang diberi
imbuhan itu, undang-undang yang dipilih olehnya itu hendaklah
dikira lebih baik bagi dirinya daripada mana-mana undang-undang
lain yang mungkin dipilih olehnya.

