Page 294 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 294
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 146d
Perkara ini ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 57, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Fasal (1)
a. Perkataan “(1)” di permulaan Fasal dipotong dan perkataan “(kecuali mengenai penjalanan
kawalan tatatertib ke atas mereka)” selepas perkataan “Suruhanjaya Pasukan Polis
hendaklah meliputi” dipotong dan perkataaan “(kecuali mengenai penjalanan kawalan
tatatertib ke atas mereka)” selepas “Suruhanjaya Pasukan Polis anggota itu hendaklah
disifatkan” dipotong oleh Akta A354, perenggan 38(a) dan (b), berkuat kuasa dari
27-08-1976.
b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (2) & (3)
Fasal-fasal ini yang dimansuhkan oleh Akta A354, perenggan 38(c), berkuat kuasa dari
27-08-1976, berbunyi seperti yang berikut:
“(2) jika di sesuatu Negeri Borneo tidak terdapat suatu lembaga yang menjalankan
kawalan tatatertib ke atas orang tersebut dan yang mempunyai keanggotaan yang terdiri
daripada yang berikut, iaitu:
(a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Negeri itu; dan
(b) penasihat undang-undang Negeri itu; dan
(c) pegawai kanan polis Negeri itu; dan
(d) seorang wakil pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis;
maka Fasal (1) hendaklah terpakai seolah-olah Fasal itu tidak membuat apa-apa kecualian
bagi penjalanan kawalan tatatertib.
(3) Beberapa peruntukan yang diperuntukkan dalam Fasal (2) Perkara 139 bagi
memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi anggota-anggota
perkhidmatan awam sesuatu Negeri dalam hal-hal keadaan yang tertentu tidaklah terpakai
bagi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada
pasukan polis.”.
per. 147
lihat Per. 132(4) & 180(2).
Fasal (2): lihat Per. 180(3).

