Page 296 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 296

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  148

                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan  “,  melainkan  jika  konteksnya  menghendaki  makna  yang  lain,”  dimasukkan
                           oleh Akta 10/1960, perenggan 27(a), berkuat kuasa dari 01-04-1961. Perenggan 27(b)
                           Akta  yang  sama,  berkuat  kuasa  dari  31-05-1960,  menggantikan  angka  “138”  dengan
                           “139”. Fasal  yang  dahulu berbunyi seperti yang berikut:
                             “(2)  Dalam  Bahagian  ini  “anggota  ex-officio”  termasuklah  seorang  Menteri,  Hakim
                           Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah  Besar dan Peguam Negara.”.
                         b.  Akta  26/1963,  subseksyen  53(5),  berkuat  kuasa  dari  16-09-1963,  mengekalkan  angka
                           asal “138”.
                         c.  Angka  “141”  digantikan  dengan  “141a”  oleh  Akta  A354,  seksyen  39,  berkuat  kuasa
                           dari 27-08-1976.
                       Fasal  (2)
                         a.  Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, seksyen 32, berkuat kuasa dari
                           21-06-1962.  Fasal yang dahulu  berbunyi seperti yang berikut:
                             “(2)  Dalam  Bahagian  ini  “anggota  ex  officio”  termasuklah  seorang  Menteri,  Hakim
                           Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah  Besar dan Peguam Negara.”.
                         b.  Akta 26/1963, subseksyen 59(2), seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan
                           perkataan “Mahkamah Besar” dengan “Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah
                           Tinggi”  dan  menambahkan  selepas  itu  perkataan  “dan  ‘Suruhanjaya  Perkhidmatan
                           Awam  Negeri’,  berhubung  dengan  mana-mana  Negeri,  ertinya  sesuatu  Suruhanjaya
                           yang menjalankan fungsi-fungsi berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam
                           Negeri itu dan yang bersamaan taraf dan bidang kuasa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
                           Awam”.
                         c.  Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1966, membetulkan kesilapan yang
                           terdapat  dalam  Cetakan  Semula  tahun  1964  dengan  menggantikan  perkataan  “dan”
                           dengan “atau”.
                         d.  Kemudiannya  pula,  subseksyen  18(2),  Akta  A566,  berkuat  kuasa  dari  01-01-1985,
                           memperuntukkan bahawa sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan
                           sebagai  sebutan  mengenai Mahkamah Agung.
                         e.  Perkataan “Mahkamah Agung” digantikan dengan “Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
                           rayuan”  oleh Akta A885, seksyen  35,  berkuat kuasa dari 24-06-1994.
                    bahagian XI
                       Tajuk  “KUASA-KUASA  KHAS  MENENTANg  PErBUATAN  SUBVErSiF,  DAN  KUASA-
                       KUASA  DArUrAT”  digantikan  dengan  “KUASA  KHAS  MENENTANg  PErBUATAN
                       SUBVErSiF,  KEgANASAN  TErANCANg,  DAN  PErBUATAN  DAN  jENAYAH  YANg
                       MEMUDArATKAN  OrANg  AWAM,  DAN  KUASA  DArUrAT”  oleh  Akta  A442,
                       perenggan 5(a),  berkuat kuasa dari  31-12-1978.

                    per.  149
                       1.  Perkara yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, perenggan 28(a) dan (b), berkuat
                       kuasa dari 31-05-1960, dan  menggantikan Perkara asal yang berbunyi seperti yang berikut:
                         “149.  (1)  jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam
                         oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan, untuk
                         menyebabkan  keganasan  terancang  terhadap  orang  atau  harta,  atau  untuk  menyebabkan
                         sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu, maka apa-apa peruntukan undang-
                         undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah
                         walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5,9, atau 10,
                         atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa
                         perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi rang Undang-Undang untuk
                         sesuatu Akta  yang  sedemikian  atau  bagi  apa-apa  pindaan  kepada  sesuatu  rang  Undang-
                         Undang  yang sedemikian.
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300   301