Page 295 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN CETAKAN SEMULA Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 295
[Perkara 148] Perlembagaan Persekutuan 156
tafsiran bahagian X
148. (1) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu
Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai ialah sebutan
mengenai mana-mana Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah
Perkara 138 hingga 141a, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain.
(2) Dalam Bahagian ini “anggota ex officio” termasuklah
Menteri dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah rayuan
atau Mahkamah Tinggi dan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri”, berhubung dengan mana-mana Negeri, ertinya sesuatu
Suruhanjaya yang menjalankan fungsi berkenaan dengan
anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri itu dan yang bersamaan
taraf dan bidang kuasanya dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam.
Bahagian Xi
KUASA KHAS MENENTANg PErBUATAN
SUBVErSiF, KEgANASAN TErANCANg, DAN
PErBUATAN DAN jENAYAH YANg
MEMUDArATKAN OrANg AWAM DAN
KUASA DArUrAT
perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang
memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
149. (1) jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan
telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar
orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar
warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang
di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam
Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan
antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk
yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan;
atau

