Page 13 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 13
KONSEP PERUBATAN
Oleh itu dapatlah disimpulkan di sini bahawa keutamaan sama ada bersabar atau
berusaha mencari kesembuhan adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Individu itu
perlu menilai dirinya sendiri dengan melihat kekuatan dan kelemahannya. Sekiranya dia
mempunyai kekuatan untuk bersabar, maka dia berhak untuk memilih pahala yang besar
daripada kesabaran. Tetapi jika dia tidak berusaha untuk mencari kesembuhan seterusnya
menjadi sebab kepada kemaksiatan seperti mengeluh dan sebagainya maka sewajibnya dia
berusaha mencari kesembuhan.
Jika dia berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya dengan cara-cara yang diizinkan
oleh syarak, maka dia telah mengikut anjuran Nabi SAW. Lebih-lebih lagi jika dia mempunyai
tanggung jawab lain seperti ketua keluarga yang perlu menyara keluarga, maka sudah tentu
lebih utama untuk berusaha merawat penyakitnya agar dia boleh menjalankan tanggung
jawabnya itu.
Namun, jika dia seseorang itu sanggup bersabar, dan pada masa yang sama tidak pula
menjejaskan tanggung jawabnya terhadap orang lain, maka dia boleh memilih untuk bersabar
dengan ujian penyakit yang ditimpakan oleh Allah SWT kepadanya, wallahu a‘lam.
Soalan 8:
Kakak saya telah disihir. Bolehkah dia menggunakan khidmat pengamal sihir bagi melawan
sihir tersebut? Bagaimana pula hukum membalas sihir dengan sihir?
Jawapan:
Sihir dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang tersembunyi dan halus. Abu Muhammad
al-Maqdisi mendefinisikan sihir sebagai azimat, jampi, mantera dan simpulan ditiup yang
memberikan kesan kepada hati dan tubuh. Wahid bin Abd al-Salam Bali mendefinisikan sihir
58
sebagai sesuatu kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan yang dibangkitkan oleh tukang
sihir dengan perbuatan yang diharamkan atau sesuatu yang syirik atas bantuan syaitan dengan
ketaatannya kepada syaitan. 59
Sihir juga boleh didefinisikan sebagai apa juga yang dapat dilakukan oleh seseorang
(secara rahsia) dengan pertolongan syaitan, setelah orang itu memenuhi kehendak syaitan
tersebut dengan melaksanakan sesuatu yang dikehendaki oleh syaitan, sebagai tanda atau
isyarat ‘taqarrub’ kepada syaitan tersebut.
Berdasarkan definisi di atas, sihir mempunyai beberapa ciri utama iaitu:
i. Adanya peranan syaitan atau jin [kafir]. Ini sesuai dengan kejadian syaitan
(api) atau jin (lidah api) yang bertubuh ‘halus’ seperti angin dan tidak dapat
dilihat. Oleh itu, pelbagai kerja jahat menjadi rahsia dan tidak dapat diketahui
oleh kebanyakan manusia.
ii. Adanya kesan yang luar biasa, menakjubkan, misteri atau menghairankan.
iii. Adanya kerjasama antara manusia yang jahat (tukang sihir, pawang dan
dukun) dengan syaitan atau jin. Kedua-dua belah pihak akan memainkan
13

