Page 67 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 67

KAEDAH RAWATAN

              Soalan 31:
              Adakah kaedah rawatan moden (alopati) dan tradisional dibenarkan oleh syarak?


              Jawapan:
                  Secara ringkasnya ditegaskan bahawa mana-mana kaedah rawatan moden (konvensional
              dan alternatif) dan tradisional yang di dalamnya terkandung paradigma, konsep, nilai dan
              tatacara yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah  serta diberikan nilai dan
                                                             65
              roh Islam  adalah  diharuskan syarak. Selain  itu, mana-mana  kaedah  rawatan  yang tidak
                     66
              memudaratkan serta tidak melibatkan penggunaan bahan-bahan rawatan yang ditegah juga
              adalah dibenarkan.
                  Pada asasnya,  rawatan  dan pengubatan  boleh  dikategorikan (al-takyif  al-fiqhi)
              sebagaimana dalam bidang muamalat kerana ia melibatkan interaksi sesama manusia (hablun
              min al-nas), penggunaan bahan-bahan tertentu dan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapat
              kesembuhan.  Unsur hubungan dengan  Tuhan (hablun  min Allah) yang dimanifestasikan
              melalui doa atau ruqyah dan disertai dengan sabar, reda, ikhlas, keyakinan dan pengharapan
              adalah merupakan elemen maknawi yang menjadikan proses pengubatan tersebut menjadi ciri
              khusus sebagai rawatan dan pengubatan Islam (shariah based), sekaligus membezakannya
              dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain.
                  Walau  bagaimanapun,  kaedah-kaedah rawatan  lain  masih boleh diamalkan  dengan
              syarat ia tidak bercanggah dengan syarak (shariah compliant).  Oleh itu, dapatlah dibuat
                                                            67
              kesimpulan  bahawa mana-mana kaedah rawatan yang sabit dan selaras dengan al-Quran dan
              Hadis-hadis yang sahih adalah boleh diguna pakai tanpa sebarang pertikaian. Adapun kaedah
              rawatan dan amalan pengubatan yang sabit dengan selain daripada dua sumber yang di atas,
              ia masih boleh diterima tetapi perlu mengambil kira faktor-faktor lain yang diiktibar oleh
              syarak.
                  Perlu  dijelaskan bahawa  matlamat  untuk  memperoleh  kesembuhan  dari  kecederaan
              atau  penyakit  fizikal  dan  spiritual  adalah  dibenarkan  syarak  kerana  ia  termasuk  dalam
              peringkat al-daruriyyat  (seperti menjaga nyawa, akal dan keturunan), namun kesembuhan itu
              sendiri bukanlah indikator utama kepada keharusan kaedah rawatan menurut syarak. Sebagai
              contoh perbandingan, matlamat untuk mendapat harta dan kekayaan boleh dicapai melalui
              cara yang halal mahupun yang haram. Begitu juga matlamat untuk  berasa kenyang boleh
              dicapai dengan memakan makanan yang halal ataupun yang haram. Akan tetapi, tercapainya
              matlamat mendapat kekayaan dan berasa kenyang bukanlah indikator akan harusnya cara-
              cara yang digunakan untuk merealisasikan matlamat-matlamat tersebut. Oleh itu, walaupun
              sesuatu penyakit boleh disembuhkan dengan cara-cara tertentu, tetapi kesembuhan tersebut
              tidak boleh menjadi penentu bagi keharusan cara tersebut menurut syarak.
                  Selain itu, kaedah rawatan alternatif yang melibatkan unsur spiritual yang bertentangan
              dengan al-Quran dan Hadis-hadis yang sahih juga adalah tidak dibenarkan. Hal ini kerana
              elemen  spiritual  (kerohanian)  seperti  roh, jin dan makhluk  halus merupakan  sebahagian
              daripada  perkara-perkara  ghaib.  Dalam  epistemologi  Islam,  perkara-perkara  ghaib  adalah


                                              67
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72