Page 63 - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam (teks)
P. 63
KAEDAH RAWATAN
dengan isyarat tersebut, pelbagai punca penyakit yang ada dalam tubuh badan dapat
dikeluarkan. Perawat juga mungkin turut menggunakan tilikan dengan menyebut perkara-
perkara ghaib seperti di dalam badan pesakit terdapat beberapa ekor jin dan sebagainya.
Demikian juga ubatnya yang sesuai dicari secara tilikan seperti menilik ayat-ayat al-Quran
yang kononnya sesuai digunakan oleh pesakit.
Boleh juga dikategorikan sebagai pembedahan batin bagi rawatan-rawatan yang
berasaskan kebolehan mengeluarkan pelbagai objek daripada tubuh badan pesakit seperti
mengeluarkan batu karang dengan cara mengalinkan mentimun atau dengan cara diambil
dengan tangan daripada tubuh pesakit, mengeluarkan kaca, pisau gillete dan sebagainya
daripada mulut pesakit. Begitu juga dengan mengalinkan telur pada tubuh pesakit, kemudian
apabila telur dipecahkan, didapati pelbagai objek dalam telur tersebut. Kadang-kadang warna
isi telur sudah menjadi kemerahan atau kehitaman.
Pembedahan batin juga boleh dilakukan secara ‘transfer’. Sebagai contoh, apabila
seorang pesakit yang ingin mendapat rawatan daripada perawat yang berada di tempat lain,
perawat tersebut akan menggunakan seekor kambing hitam lalu dibacakan doa dan ayat-ayat
al-Quran. Setelah itu, kambing tersebut disembelih dan dibedah. Didapati organ dalaman
kambing tersebut rosak, hancur dan berwarna hitam. Lalu, perawat akan memberi tafsiran
(tilikan) akan keadaan penyakit yang sedang dialami oleh pesakit tersebut.
Hukum berubat menggunakan pembedahan batin adalah haram. Ini adalah berdasarkan
beberapa hujah:
i. Ia termasuk dalam kategori ilmu dan amalan sihir khayalan. Penghujahan ini
berasaskan kepada pembahagian perkara yang mencarik adat (luar biasa) hanya
tergolong dalam enam perkara iaitu mukjizat, karamah, ma‘unah, sihir, ihanah,
istidraj. Kategori yang paling sesuai untuk bedah batin samada sihir atau
istidraj. Kedua-duanya adalah tidak dibenarkan dalam Islam. 50
ii. Rawatan melalui kaedah bedah batin sebenarnya menggunakan khadam
ghaib iaitu jin atau syaitan. Perawat atau pengamalnya pula adalah termasuk
dalam kategori kahin iaitu seorang yang memberi khidmat merawat penyakit
dengan bantuan jin atau syaitan. Dalam masyarakat Melayu, kahin adalah sama
maksudnya dengan pawang atau bomoh. 51
iii. Ia melibatkan penipuan dengan pelbagai bentuk sama ada bentuk tradisional
atau pun penggunaan alat-alat moden. 52
Walaupun sekelompok pengamal pengubatan membenarkan amalan bedah batin,
namun hujahnya adalah rapuh. Hujah mereka dapat diringkaskan seperti berikut :
i. Bedah batin adalah merupakan suatu pemberian dari Allah Taala kepada
hambaNya. Allah berkuasa melakukan apa sahaja. 53
ii. Bedah batin merupakan suatu ilmu yang boleh dipelajari dan sekiranya difahami
ia bukan dari kategori perkara yang mencarik adat atau luar biasa. Lagipun,
tiada beza antara bedah batin dengan praktik-praktik lain dalam pengubatan
Islam yang mempunyai unsur-unsur mencarikkan adat. 54
63

