Page 13 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 13
(e) Akta / Peraturan / Garis panduan terlibat.
st
i. TABSoR + ABC turut memenuhi keperluan Partnership for 21 Century Learning (P21)
iaitu menyenaraikan Learning and Innovation Skills – 4Cs iaitu Pemikiran Kritikal,
Komunikasi, Kolaborasi, dan Kreativiti. TABSoR + ABC merupakan alat berfikir yang dibina
khusus untuk menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 yang dapat memugar proses
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Impaknya, pendidikan di negara kita akan
dapat melahirkan individu yang berdaya cipta dan mampu bersaing di peringkat global.
ii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara yang menjadi keperluan
atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang
digarisi dalam PPPM 2013 – 2025. TABSoR + ABCmerupakan alat berfikir yang dicipta
untuk memandu dan merangsang para murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggi
yang sekali gus dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan selain mampu
mereka cipta dan menambah baik apa-apa yang ada di sekeliling mereka.
8

