Page 15 - A4_15102017_TABSOR + ABC AL-KAHFI
P. 15

iii. Analisis Keputusan UPSR
               Analisis  UPSR  2016  menunjukkan  bahawa  berlaku  penurunan  yang  mendadak  dalam
               pencapaian A semua mata pelajaran berbanding keputusan tahun-tahun sebelumnya.

               Calon peperiksaaan UPSR 2016 merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum
               Standard Sekolah Rendah dan melengkapi pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
               (PBS) di samping membudayakan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Malahan
               di  negeri  Sarawak  hanya  seramai  284  pelajar  sahaja  atau  0.69  peratus  daripada
               keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil
               dalam UPSR di negeri ini. Peratus kelulusan ini amat berbeza sekali jika dibandingkan
               dengan pencapaian pada tahun-tahun yang lepas.


               Analisis Keputusan UPSR (2014, 2015 dan 2016)
                                                    Jumlah     calon
                 Tahun            Jumlah Calon      yang mendapat  Peratus Lulus         Gred     Purata
                                                    semua Gred A                         Nasional (GPN)

                 2014             460,407           36,304             7.89%             2.29
                 2015             443,407           38,344             8.65%             2.27
                 2016             452,721           4,896              1.11%             2.96



               iv. Keputusan peperiksaan PT3 2016


               Hasil  sulung  pelaksanaan  ujian  Pentaksiran  Tingkatan  3  (PT3)  tahun  2016  juga
               menyaksikan  keputusan  yang  ‘mengejutkan’  dengan  beberapa  sekolah  di luar  bandar
               mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran.


               Pada  masa  sama,  kebanyakan  sekolah  ternama  pula  mencatatkan  kemerosotan
               mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang
               diambil di negara ini.


               Tahun 2016 merupakan tahun ketiga PT3 dilaksanakan. Seramai 258 orang calon telah
               menduduki  PT3  tahun  2016. Gred  Purata  Sekolah  (GPS) ialah 1.573 iaitu  meningkat

               sebanyak 0.021 mata berbanding tahun 2015 (1.594). Seramai 250 calon (96.90%) telah
               lulus  semua  matapelajaran  yang  diambil iaitu  menurun  sebanyak 0.68% berbanding
               tahun 2014 (242 calon atau 97.58%).



               Terdapat 7 mata pelajaran menunjukkan peningkatan peratus lulus dan 3 mata pelajaran
               menunjukkan penurunan manakala 1 matapelajaran tidak berubah. Mata pelajaran yang
               mengalami peningkatan peratus lulus ialah B.Melayu (Bertulis), Melayu (Lisan), B.Inggeris

               (Lisan), B.Cina, B.Tamil, P.Islam, dan Sains. Daripada 12 mata pelajaran, terdapat 10 mata

                                                           10
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20