Page 46 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 46
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Karangan Fakta Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2
1 Chong Li Min, Mohd Haidi Mohd Kasran, Ph.D
1 SJK (C) Thai Hong, Skudai, Johor Bahru
2 IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
pju16_a02@ipgkbm.edu.my
Abstrak
Kajian ini mengkaji keberkesanan pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan fakta Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi-eksperimen. Instrumen
kajian ini terdiri daripada ujian pra dan ujian pos. Responden kajian ini terdiri daripada 32 orang murid Tahun 6 dari
sebuah Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur. Kajian ini menunjukkan bahawa murid kumpulan rawatan mencapai
tahap pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pos selepas kaedah
pembelajaran koperatif diaplikasikan dalam pengajaran karangan fakta Bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif lebih berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran
karangan fakta untuk meningkatkan tahap penguasaan penulisan karangan fakta dalam kalangan murid. Implikasinya
kajian ini telah berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan teori. Kajian ini dapat mengisi
kelompangan penyelidikan berkaitan kaedah pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan fakta. Oleh sebab
itu, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain disarankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan tahap penguasaan penulisan karangan fakta serta
berusaha menyebarluaskan pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan.
Kata kunci: kaedah pembelajaran koperatif, kuasi-eksperimen, penulisan, karangan fakta, Bahasa Melayu
---------- +++++ ----------
Keberkesanan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Yok Wei Liang
SJK (C) Thorburn, Skudai, Johor
weiliangyok@gmail.com
Abstrak
Kajian ini mengkaji keberkesanan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu.
Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi-eksperimen. Instrumen kajian yang
digunakan ialah soalan ujian pra, soalan ujian pos, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) pemahaman bahasa Melayu dan
Rancangan Pelajaran Harian. Responden kajian ini merupakan 32 orang murid Tahun 6 yang berada di sebuah sekolah
yang terletak di Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan murid kumpulan rawatan mendapat tahap pencapaian
yang lebih baik daripada murid kumpulan kawalan dalam ujian pos selepas kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan
bahawa kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai amat berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Kajian ini mampu mengisi kelompangan dari aspek pengetahuan, praktikal
dan teori. Oleh sebab itu, guru dicadangkan untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap tatabahasa Bahasa Melayu.
Kata kunci: kaedah pembelajaran kecerdasan pelbagai, tatabahasa, bahasa Melayu
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 45

