Page 49 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 49

Kemahiran Guru Cemerlang Bahasa Melayu Tentang
                                           Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

                                                                    3
                                1 Mohd Rohiman Subri,  Rohizani Yaakub,  Azlinda Boheran Nudin
                                                    2
                               1, 2 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM, Pulau Pinang, Malaysia
                       3 Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak
                                                  rohiman547@gmail.com


                                                         Abstrak

        Cabaran bagi Guru Cemerlang Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan diri dengan kemahiran pengajaran yang
        efektif bagi memastikan kejayaan dalam PdP KOMSAS selari dengan taraf Guru Cemerlang. Pelaksanaan pengajaran
        berpusatkan kepada murid memerlukan kemahiran pengajaran yang berkesan untuk meningkatkan kompetensi dalam
        pengajaran KOMSAS. Tumpuan kajian ini adalah untuk meneroka kemahiran pengajaran Guru Cemerlang Bahasa
        Melayu dalam pengajaran KOMSAS. Oleh itu, kaedah kajian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi telah digunakan
        dalam penelitian. Tujuh orang peserta kajian telah dipilih dan ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data.
        Data dianalisis secara tematik kualitatif menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran
        Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS dalam kalangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah memberi tumpuan
        terhadap kemahiran teknologi seperti Internet, video dan e-permainan. Selain itu, kemahiran dalam mengawal situasi
        PdP KOMSAS melalui emosi diri, motivasi murid dan unsur kecindan juga ditemui dalam kajian ini. Sementelah itu,
        informan kajian turut menekankan kemahiran pemudahcaraan dengan memastikan murid berkolaboratif, komunikasi
        aktif murid dan rangsangan murid berfikir. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi panduan dan pemahaman baharu
        kepada guru-guru bahasa Melayu untuk melengkapkan kemahiran pengajaran dalam melaksanakan PdP KOMSAS
        terhadap murid.

        Kata kunci: guru cemerlang, kemahiran pengajaran, bahasa melayu, KOMSAS



                                                  ---------- +++++ ----------


                                        Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu:
                                                Pelaksanaan dan Cabaran

                                              Mohd Haidi Mohd Kasran, Ph.D

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                                   haidi@ipgkbm.edu.my


                                                         Abstrak

        Matlamat KSSM Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) adalah untuk melahirkan murid yang dapat memiliki
        ilmu dan pengetahuan tentang kesusasteraan; berkemahiran dalam menghasilkan karya kreatif yang menepati ciri-
        ciri;  berkeperibadian  mulia dan  dapat  menyumbang kepada  pembangunan masyarakat  dan negara; serta  mampu
        memahami, menghayati dan menghargai karya sastera. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan
        Melayu perlu diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih
        lagi pada zaman ledakan teknologi maklumat kini. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan tentang pelaksanaan
        dan cabaran pelaksanaan Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu (PAKM) yang diusahakan di bawah inisiatif 108,
        Unit Pelaksanaan & Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh IPG Kampus Bahasa
        Melayu (IPGKBM) dengan dengan mengambil kira keperluan semasa dan masa hadapan para pelajar.

        Kata kunci: Kesusasteraan Melayu; Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu (PAKM); keperluan semasa




                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54