Page 47 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 47
Pembangunan Modul Bacaan Awal Kaedah Fonik (MOBAFIK) Bahasa Melayu
untuk Prasekolah Aliran Cina
1 Thang Yin Fong, Zaharah binti Osman, Ph.D, Adenan Bin Ayob, Ph.D
3
2
1 Pusat Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan, (UPSI)
2, 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
g-66146185@moe-dl.edu.my
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Modul Bacaan Awal Kaedah Fonik (MOBAFIK) Bahasa Melayu Prasekolah
aliran Cina. Modul MOBAFIK Bahasa Melayu ialah media pengajaran yang mengandungi bahan cetakan dan perisian
komputer menerusi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) semakan 2017 berdasarkan Model ADDIE. Lima fasa Model ADDIE iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk,
Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Diperinan demi gabungan Teori Behaviorisme-Kognitif
Gagné (1985) dan Teori Reka Bentuk Pengajaran Gagné (1988), Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983) dan
domain kognitif Taksonomi Bloom (2001) dirujuk dalam pembangunan Modul MOBAFIK Bahasa Melayu (MOBAFIK).
Pengumpulan data dilakukan melalui reka bentuk kuantitatif dengan persampelan bola salji sebanyak 3 orang guru
prasekolah aliran Cina di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Senarai Soal Selidik Likert Empat ke atas fasa-
fasa Model ADDIE. Dapatan data terdiri daripada Fasa Analisis (85.4%), Fasa Reka Bentuk (75%), Fasa Pembangunan
(81.3%), Fasa Pelaksanaan (92.1%) dan Fasa Penilaian (83.9%). Dapatan kajian diharapkan dapat membangunkan
Modul MOBAFIK yang bermatlamat tepat dan meningkatkan kreativiti guru dalam mempelbagaikan penggunaan media
pengajaran dan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian murid prasekolah berlandaskan DSKP, KSPK semakan 2017.
Kata kunci: Model ADDIE, Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan, Fasa Penilaian,
Kemahiran membaca Bahasa Melayu (DSKP, KSPK semakan 2017)
---------- +++++ ----------
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 45

