Page 51 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 51

Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Guru Terhadap Pembelajaran
                           Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

                                    Fatin Aina Nabihah binti Marzuki, Izani bin Ibrahim, Ph.D

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                            fatin09-932@epembelajaran.edu.my

                                                         Abstrak

        Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek
        (PBP) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan
        kuantitatif dan kaedah kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan satu instrumen iaitu soal selidik. Responden
        kajian ini melibatkan 70 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah di Mukim Paka, Dungun, Kuala Terengganu. Data
        yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan
        min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap pengetahuan guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu
        berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor min sebanyak 3.78. Tahap kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP
        Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi dengan skor min sebanyak 3.94. Secara keseluruhannya, tahap
        pengetahuan dan tahap kemahiran guru terhadap PBP dalam PdP Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi.
        Justeru, guru-guru disarankan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran pedagogi terutama dalam teknik PBP.

        Kata kunci: pembelajaran berasaskan projek, pengetahuan guru, kemahiran guru

                                                  ---------- +++++ ----------

                            Kesediaan Siswa Guru Menggunakan Aplikasi Jamboard Dalam PdPR

                                                     2
                                                                         3
                              1 Azrizan binti Abu Bakar,  Nik Rosli bin Ibrahim,  Ruziman bin Omar,
                                                         5
                                     4 Fuadi bin Abd Razak,  Nik Amani Nasrin bt Nik Rosli
                                      1.2.3,4 IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
                                                5 Universiti Malaysia Sarawak
                                                 azrizan@ipgmksm.edu.my

                                                         Abstrak

        Pengaplikasian sesi pengajaran dalam talian merupakan norma baharu yang perlu dilalui oleh pendidik dan pelajar bagi
        semua institusi pendidikan. Pengajaran dalam talian menuntut kreativiti dan kemahiran menggunakan aplikasi terkini
        bagi membolehkan situasi pembelajaran seolah-olah seperti bersemuka tanpa menghadkan penyertaan aktif pelajar
        selaras dengan hasrat dalam Pembelajaran abad ke-21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student-centred ini
        membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi pengajaran. Hasrat ini tetap perlu dilunaskan walaupun
        aktiviti pengajaran perlu dijalankan atas talian akibat pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia. Golongan pendidik
        perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran atas talian bagi mencapai hasrat tersebut. Kajian ini bertujuan untuk
        menganalisis kesediaan siswa guru Major Bahasa Melayu dalam menggunakan aplikasi Jamboard bagi mewujudkan
        situasi interaktif di dalam kelas maya bagi siswa guru di IPG Kampus Sultan Mizan. Kajian ini melibatkan seramai
        112 orang responden yang terdiri daripada 46 orang lelaki dan 66 orang pelajar perempuan Program Sarjana Muda
        Perguruan, Institut Pendidikan Guru  Kampus Sultan Mizan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen
        soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur aspek kesediaan belajar. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini
        ialah 0.85. Keseluruhannya tahap kemahiran siswa guru Major Bahasa Melayu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
        IPG Kampus Sultan Mizan berada pada tahap sederhana. Skor min bagi aspek aplikasi iaitu Kemahiran penggunaan
        Jamboard ialah 3.09 (SP=0.58), Aspek menarik minat dengan minnya 2.94 (SP=0.66) dan aspek interaktif dengan nilai
        min 3.06 (SP= 0.57). Dapatan kajian menunjukkan konsep pengajaran abad ke-21 dalam strategi pengajaran dengan
        mengaplikasikan penggunaan Jamboard dalam era pendemik Covid 19 ini memberi kesan yang baik kepada pelajar
        terutama dari segi kolaborasi antara pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan pensyarah.
        Kata kunci: Jamboard, Google Meet, PdPr, kesediaan dan interaktif


                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         49
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56