Page 50 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 50
Kit Super Analog dalam Meningkatkan Kemahiran
Penggunaan Tanda Baca
Nur Nadiyah Bt Indra Gunawan
Sekolah Kebangsaan AU Keramat, Kuala Lumpur
Abstrak
Kit Super Analog ialah kajian yang dihasilkan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan
tanda baca. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan AU Keramat, Kuala Lumpur. Seramai 31 orang murid tahun
dua terlibat dalam kajian ini. Pelaksanaan kajian ini didatangkan dalam bentuk kotak Kit Super Analog yang dilengkapi
dengan qr kod, nota tanda baca serta lagu nyanyian tanda. Konsep analogi dan perwatakan superhero dilaksanakan
bagi membantu murid mengetahui cara meletakkan tanda baca dengan betul dan mengingati konsep tanda baca. Selain
itu, set belajar sambil bermain dicipta bagi mengaplikasikan kemahiran penggunaan tanda baca. Kajian ini ditambah baik
dengan buku belajar tanda baca yang dibangunkan dengan pelbagai aktiviti hands on bagi melatih sistem motor halus
murid mencipta bahan permainan sebagai pengukuhan. Konsep ganjaran dan pengukuhan turut diserapkan dalam
inovasi ini. Kajian ini juga disertakan dengan permainan video perisian interaktif. Data secara kuantitatif digunakan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam tanda baca dilihat hasil daripada pemerhatian dan soal
selidik. Keberkesanan kajian dinilai secara kualitatif berdasarkan peningkatan markah murid dalam ujian pra dan pos.
Melalui kaedah ini, jelas menunjukkan murid dapat meningkatkan penguasaan tanda baca seterusnya mengaplikasi
penggunaan tanda baca ketika membuat penulisan dan latihan. Selain itu, analisis soal selidik juga menunjukkan murid
bertambah yakin dalam penggunaan tanda baca selepas kajian dijalankan.
Kata kunci: kemahiran tanda baca, bahasa Melayu, sekolah rendah
---------- +++++ ----------
Elemen Manusia dalam Masyarakat Tradisional Melayu Berdasarkan
Hikayat Anggun Tunggal (HACT)
2
¹Padlon Abdul Rahman, Siti Halimah Md Yassin, Ph.D,
3 Alya Aqilah Mohd. Nasrudin, Mohd. Nasrudin Basar, Ph.D
4
1,2 IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
padlon@ipgkbm.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat elemen manusia dalam Hikayat Anggun Tunggal (HACT). Kajian adalah berdasarkan
buku HACT yang ditulis oleh Pawang Ana dan Raja Hj. Yahya, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2016.
Kajian telah dilakukan dalam bentuk kajian dokumentasi dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan mengenal pasti
elemen manusia dalam melihat dan menilai aspek manusia yang terdapat dalam HACT tersebut. Analisis dapatan kajian
menunjukkan elemen manusia yang terdapat dalam HACT boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek penerokaan
dan aspek perancangan/strategi. Sebagai rumusan, elemen manusia dalam kehidupan cuba menghubungkan peranan
manusia yang menggunakan akalnya dan yang bertindak sebagai manusia (ergon) untuk mencapai kebahagiaan yang
tidak boleh dimiliki oleh makhluk yang lain. Oleh itu manusia perlu meneroka dan mempunyai perancangan serta strategi
dalam memastikan kesempurnaan, keadilan dan kebahagiaan menjadi milik manusia yang hakiki. Kajian lanjutan boleh
dibuat dengan melihat pula elemen manusia dalam nilai kerohanian yang terdapat dalam teks HACT ini.
Kata kunci: elemen, manusia, hikayat, Anggun Tunggal
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 49

