Page 67 - Pengenalan baru
P. 67
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
dia takkan izinkan jadi tak apalah kahwin dulu tanpa pengetahuan ibu,
nanti lambat-laun si ibu akan terima perkahwinan tersebut.
Malangnya, bukan si ibu menerima sebaliknya si anak dipaksa agar
menceraikan si menantu malah dalam satu kes, si isteri telah diceraikan
sebelum sempat merayakan ulang tahun perkahwinannya.
Sebagai suami, anda perlu menjaga kebajikan isteri dan anak-anak yang
bakal lahir nanti. Tak kira apa juga halangan yang mendatang, anda
perlu pertahankan isteri dan perkahwinan anda. Jika ibu anda
memarahi, anda sewajarnya bersedia menerima kemarahannya kerana
anda patut tahu, memang ibu anda akan marah kerana anda telah
melakukan sesuatu di luar kehendak dan pengetahuannya.
Bersedia dimarahi bukan bererti anda perlu mengikut kehendak ibu
supaya menceraikan isteri anda tetapi anda perlu memujuk ibu anda
agar menerima pilihan hati anda. Memang bukan mudah. Tak cukup
sekali dua pujukan atau rayuan. Yang penting, anda perlu berusaha dan
berdoa. Didik isteri anda agar menghormati ibu anda walaupun ibu
anda membencinya. Batu yang keras tetap berjaya dilekuk oleh titisan
air, inikan pula hati manusia. Yang penting, anda ada keinginan untuk
melakukannya. Paling penting, jika kasih anda ikhlas maka anda akan
67 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

