Page 68 - Pengenalan baru
P. 68
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
bersedia mempertahankannya. Jika tidak, anda bukan memilih untuk
tidak derhala, tetapi anda adalah seorang yang dayus dan derhaka.
Prosedur penceraian
Bagi pasangan yang berhasrat untuk mengakhirkan perkahwinan
mereka, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi. Mana-mana pihak
sama ada suami atau isteri hendaklah membuat permohonan kepada
Mahkamah Syariah tempat dia bermastautin. Biasanya, sebelum
sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syariah,
pihak suami isteri diminta membuat pengaduan kepada Unit Khidmat
Nasihat atau Unit Rundingcara di pejabat agama berdekatan. Pasangan
suami isteri tersebut akan dipanggil untuk diberikan rundingan terlebih
dahulu.
Sekiranya tiada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes
tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syariah. Setelah Mahkamah
Syariah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai
perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah akan menghantar satu
salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Nikah Cerai
dan Rujuk bagi daerah yang berkenaan. Pendaftar Nikah. Cerai dan
Rujuk tersebut akan menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan
oleh Mahkamah.
68 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

