Page 70 - Pengenalan baru
P. 70
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Bagi kes-kes cerai sebegini, mana-mana pihak sama ada isteri atau
suami perlu mengemukakan permohonan ke Mahkamah Syariah bagi
mengesahkan perceraian walaupun yakin dan pasti, lafaz yang
digunakan adalah lafaz sorih dan talak telah jatuh. Pengesahan perlu
dilakukan bagi membenarkan cerai tersebut direkodkan menurut
peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Bukan semata-mata
memenuhi kehendak undang-undang sebaliknya untuk kemaslahatan
pihak-pihak terlibat pada masa akan datang,
Islam menetapkan hanya suami mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
talak. Namun, jangan salah anggapan, dalam keadaan tertentu, isteri
juga mempunyai kuasa talak.
Ada satu kes aduan yang saya terima dari klien berkenaan suaminya
mempunyai sikap cemburu buta yang melampau-lampau sehinggakan
untuk senyum dan keluar dari rumah untuk bekerja dan membawa
keluar anak-anak berjalan pun dia tidak benarkan. Alasannya, tiada
keperluan untuk senyum dengan semua orang dan berjumpa dengan
orang. Suami kepada klien itu juga berkata, dia berhak melakukan
demikian kerana dia adalah suami dan kuasa talak ada di tangannya.
Ya, memang diakui bahawa kuasa melafazkan talak itu terletak di
tangan lelaki atau suami tetapi ketahuilah bahawa Islam
70 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

