Page 71 - Pengenalan baru
P. 71
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
memperuntukkan bahawa isteri juga mempunyai kuasa untuk
memutuskan ikatan sesebuah perkahwinan. Malah, kuasa wanita atau
isteri lebih besar berbanding kuasa suami. Kenapa? Kerana suami hanya
arif mengenai talak tetapi isteri berkuasa menggunakan khuluk, fasakh,
taklik malah juga isteri boleh memanipulasikan kuasa talak suami.
Bagaimana memanipulasikan kuasa talak suami
Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
(peruntukan yang sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia, hanya
berbera seksyen sahaja) memperuntukkan bahawa sesebuah
perkahwinan hanya boleh dipisahkan apabila ada persetujuan
keduadua pihak iaitu suami dan isteri. Bererti apabila seseorang
individu itu sama ada suami atau isteri inginkan perceraian mala
Mahkamah
menetapkan bahawa perceraian tersebut perlu dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju maka
perceraian tidak dibenarkan dan kes akan dibawa ke Jawatankuasa
Pendamai.
Melalui Jawatankuasa Pendamai ini pula, sekiranya masih wujud
pergolakan maka diwujudkan satu pihak yang dinamakan hakam. Di
sinilah kuasa talak suami boleh dimanipulasikan. Sekiranya pihak yang
71 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

