Page 72 - Pengenalan baru
P. 72

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               memohon perceraian adalah pihak isteri dan suami berkeras enggan

               menceraikan  sedangkan  pihak  Jawatankuasa  Pendamai  dan  hakam


               berpendapat  perceraian  antara  kedua  mereka  adalah  wajar,  maka


               hakam  akan  mengambil  alih  kuasa  cerai  daripada  suami.  Menepati

               bahawa, isteri juga mempunyai kuasa cerai atau talak.




               Begitu  juga  dengan  fasakh.  khuluk  dan  taklik...  ketiga-tiganya


               memberikan kuasa kepada isteri untuk mendapatkan jalan keluar dari

               perkahwinan yang tidak lagi memberikan kedamaian dan kebahagiaan


               kepada mereka



               Taklik




               Saya  yakin,  ramai  yang  pernah  dengar  mengenai  taklik.  Hakikatnya.

               masih ramai juga yang belum memahami sepenuhnya tentang taklik.




               Secara  mudah,  taklik  bermaksud  menggantung  perkahwinan  kepada

               syarat  yang tertentu  yang jika  berlaku syarat tersebut, perkahwinan


               akan  dibubarkan.  Sebagai  contoh,  suami  melarang  isteri  keluar  dari


               rumah dan menyebut: Jika kamu (isteri) keluar dari rumah. jatuh talak

               (sama ada disebut jumlah talak atau tidak). Dalam kes ini, perkahwinan


               digantung kepada syarat isteri tidak boleh keluar dari rumah. Bererti,


               sekiranya isteri keluar dari rumah walau dengan apa alasan sekalipun,

               talak dikira jatuh.

               72 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77