Page 73 - Pengenalan baru
P. 73
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Ucapan yang diucap oleh suami selepas selesai akad nikah juga adalah
satu taklik yang ditetapkan oleh Undang-undang Keluarga Islam bagi
menjaga kebajikan kaum wanita bernama isteri. Agak sedih bila ramai
juga kaum wanita yang tidak ambil berat tentang taklik ini. Ada yang
tidak tahu sama ada suami ada sebut taklik atau tidak semasa selesai
majlis akad nikah. Saya faham, ada tikanya isteri tak dengar lafaz akad
suami tetapi belek-beleklah surat akuan nikah tu, bacalah apa yang
tertera padanya, bukannya terima dan simpan dalam fail semata-mata.
Menurut peruntukan, antara lafaz taklik yang biasa diucapkan oleh
suami selepas akad nikah ialah sekiranya suami meninggalkan isteri
selama empat bulan berturut-turut atau tidak memberi nafkah yang
wajib selama empat bulan berturut-turut atau menyakiti tubuh badan
isteri atau suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat
bulan berturut-turut, kemudian isteri mengadu kepada pihak yang
berkuasa dan disabitkan aduan, akan jatuh talak satu. Rata-rata lafaz
yang diucapkan mempunyai maksud yang sama walau mungkin
terdapat perbezaan dari segi perkataan atau ayatnya (mengikut
negeri).
Perkara yang paling jelas ialah terma "kemudian isteri mengadu kepada
pihak yang berkuasa dan disabitkan aduan, akan jatuh talak satu."
73 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

