Page 30 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 30
Kasih Ibu
Memang telah lama ku fikir,
Untuk berbakti,
Pada ibu dan siapa nanti,
Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri,
Antara hidup dan mati.
Sejak kecil pun aku diajari,
Tentang anak-anak yang solat,
Balasannya adalah syurga,
Dan para syuhada.
Tapi bila aku telah dewasa,
Ibu sudah tidak mahu bercerita,
Dan aku jadi lupa,
Tentang hukumannya anak derhaka.
Lalu sekarang semuanya bagai membebani,
Jauh-jauh dinihari air mata membasahi,
Dan titis-titisnya meresapi nada sendiri,
Justeru kerananya bagai menuntuti,
Sebuah ungkapan yang tak bererti lagi.
NUKILAN: HANI ARIFAH BINTI AHMAD
FIDRUSLI, PPISMP, PAI 2

