Page 33 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 33

C a r a   m e n g a w a l
     k e m a r a h a n   m e n u r u t



                    R a s u l u l l a h















             Berikut  merupakan  beberapa  cara  Rasulullah  mengawal  kemarahan
             baginda:



             1.    Bertenang dan cuba selesaikan pertelingkahan
             Lazimnya,  baginda  akan  mencari  masa  yang  sesuai  bagi  menyelesaikan

             masalah tersebut berbanding menegur seseorang di hadapan umum kerana
             ia  akan  menyebabkan  seseorang  tersinggung  dan  menjatuhkan  maruah.
             Oleh hal yang demikian, tenangkanlah diri terlebih dahulu dengan menukar

             posisi  pada  waktu  tersebut  dan  menarik  nafas.  Perbincangan  akan
             diteruskan apabila pemikiran Kembali rasional.



             2.    Berwuduk
             Marah  itu  datangnya  daripada  syaitan  yang  tercipta  daripada  api.  Oleh
             sebab  itu,  air  mampu  mengurangkan  kemarahan  kerana  bersifat

             memadamkan  dan  menyucikan  hati.  Maka,  air  yang  mengalir  itu  dapat
             disifatkan  sebagai  masalah  yang  mengalir  dan  berlalu  dengan  baik  lalu

             menjadikan kita tenang.


             3.    Meluahkan bukan memendam

             Apabila  marah,  cuba  luahkannya  dengan  cara  yang  betul  dan  rasional
             sama ada kepada orang yang anda marahkan atau mungkin juga kepada

             pendengar lain yang dirasakan boleh membantu anda menangani masalah
             tersebut.  Tambahan  pula,  baginda  mengamalkan  konsep  syura,  iaitu
             perbincangan bersama para sahabat untuk mendapatkan solusi

             bagi setiap perkara yang terjadi.

















       O L E H :   A M I R U L   A K M A L   B I N   A B D U L   J A L I L ,   P I S M P ,   B M   1
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38