Page 35 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 35
“Sudirman”
Dato Sudirman bin Haji Arshad juga
dikenali sebagai Sudirman merupakan salah seorang
penyanyi lelaki Malaysia yang dilahirkan pada tanggal
25 Mei 1954 di Pahang. Beliau telah memulakan
kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila
dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada 11 Ogos
1976. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam
orang adik beradik dan sejak kecil telah melibatkan
diri dengan aktif dalam pertandingan menyanyi,
berpidato, berpantun, persembahan teater dan koir
sekolah. Momen ikonik yang paling dikaitkan dengan
Sudirman adalah ketika mengadakan konsert percuma
di Jalan Chow Kit dan turut diiktiraf dalam Malaysian
Book Of Record dan dihadiri lebih 100 ribu
pengunjung. Gelaran lain bagi beliau ialah "Penghibur
Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis
Malaysia".
O L E H : M U H A M M A D A F I Q B I N A I D E Y , P I S M P , B N K

