Page 34 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 34
Kelebihan dan Kekurangan
Berbelanja Secara Dalam Talian
Kelebihan
1. Selesa – Pembeli tidak perlu besesak-sesakan dengan orang ramai untuk
melakukan sebarang pembelian. Selain itu, tiada sebarang persiapan diri yang perlu
dilakukan oleh pembeli untuk pergi ke kedai yang menjual barangan.
2. Perbandingan Harga – Apabila mengunjungi sesebuah kedai, kemungkinan
besar pembeli perlu membayar harga barangan yang dibeli tanpa sempat membuat
perbandingan harga untuk barang yang sama di kedai yang berbeza. Melalui
perbelanjaan secara dalam talian, seseorang itu akan lebih mudah untuk
membandingkan harga barangan yang sama daripada kedai-kedai yang berbeza.
3. Pilihan yang Pelbagai – Tidak dapat dinafikan bahawa apabila pembeli
berbelanja secara dalam talian, barangan yang dijual mempunyai pelbagai pilihan
dari segi warna, gaya dan juga jenama berbanding dengan pembelian secara
langsung. Hal ini kerana barangan yang dijual secara dalam talian boleh didapati
dari kedai yang berbeza-beza sama ada kedai tempatan ataupun antarabangsa.
Kekurangan
1. Tidak Boleh Mencuba Barangan Jualan –Apabila berbelanja secara dalam
talian, pembeli tidak boleh mencuba ataupun meneliti barangan yang hendak dibeli
terlebih dahulu.
2. Privasi dan Keselamatan – Maklumat peribadi pembeli seperti alamat rumah
dan nombor telefon diperlukan dalam proses pembelian secara dalam talian. Oleh
itu, kemungkinan bahawa privasi dan keselamatan pembeli akan terdedah kepada
orang lain adalah lebih tinggi berbanding dengan pembelian secara langsung.
3. Sukar untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Mengenai Barangan dengan
Kadar yang Segera - Pembeli yang memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai
barangan jualan perlu menghantar mesej secara peribadi kepada penjual. Oleh itu,
respon daripada penjual mungkin akan menjadi lambat berbanding
dengan pembelian secara langsung kerana terdapat jurujual yang
akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai barangan jualan
kepada pembeli.
O L E H : N U R A T I Q A H B I N T I M O H D R O S L A N , P I S M P , B M 2

