Page 31 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 31
HIDAYAH
SEBUAH MIMPI
“KAU DIAM LA ORANG TUA!” jerit Habil yang memarahi emaknya semasa
pertelingkahan antara mereka berdua kerana kesalahan Habil yang pulang
lewat malam. Kemudian Habil bergegas masuk ke biliknya lalu
menghempaskan pintu. Gugur air mata Puan Maimun kerana kecewa dan
sedih atas perbuatan dan perkataan anaknya sebentar tadi. Selepas
beberapa minit. Habil keluar daripada biliknya dengan membawa beg yang
berisi pakaian lalu berjalan ingin keluar dari rumah sambil memegang
kunci motorsikalnya. “Kau nak pergi mana Habil”,Tanya ibunya sambal
mengesat air mata yang masih mengalir, “tak payah sibuk la orang tua”
,Habil berjalan pergi keluar rumah lalu menaiki motosikal dan
menghidupkannya. Kedengaran bunyi enjin yang berlalu pergi
meninggalkan rumah. Pemuda itu berhasrat untuk tidur di rumah kawan
baiknya yang bernama Adib untuk beberapa hari yang terletak tidak
beberapa jauh dari rumahnya. Dengan berbaki perasaan yang masih lagi
marah kepada ibunya, Habil memecut motorsikalnya dengan laju sehingga
tidak sedar terdapat simpang dihadapannya. Dengan secara tiba-tiba
keluar sebuah kereta dari simpang itu, tanpa sempat berbuat apa-apa
motosikal yang telah dibawa olehnya telah melanggar sisi kanan kereta
tersebut sehingga menyebabkan tubuhnya tercampak lalu terguling di jalan
raya. Habil terbaring kaku tidak mampu bergerak dengan darah yang
mengalir di bahagian kepalanya. Tiada perkara lain yang terlintas di
fikirannya ketika itu melainkan perbuatan derhaka kepada ibunya sebentar
tadi dengan penuh penyesalan. Dalam beberapa saat semuanya jadi gelap
gelita. “Habil….Habil…bangun Bil subuh ni", sejurus
mendengar suara tersebut Habil bangun dari tidurnya,
kemudian baru dia teringat bahawa dia tertidur
kepenatan semalam selepas balik ke rumah. Dengan
air mata yang berguguran Habil terus melulu keluar dari
bilik lalu meminta maaf kepada ibunya dan memeluk
tubuh wanita tersebut sambil menangis teresak-esak.
NUKILAN: AMIRUL FAIZIN BIN KHAIRUL AZMI,
PPISMP, PAI 1

