Page 36 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 36
Cinta , Sayang
Cinta dan sayang, nampak sama tapi hakikatnya kedua-dua perkataan dan sifat
ini memberikan dua definisi yang berbeza. Cinta sering diiringi dengan perasaan
sayang, namun andai hanya sayang yang hadir, belum tentu kita boleh mencintai.
Rumit.
Apakah erti cinta? Apabila kita mencintai seseorang, kita cenderung untuk
menyayanginya dengan seikhlas hati dan sudah tentu menerima pasangan
seadanya. Cinta hadir apabila dua hati saling melengkapi antara satu sama lain.
Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar kerana ia
terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan. Namun begitu, cinta
juga mampu membutakan kerana ia bersifat ingin memiliki.
Bagaimana pula dengan sayang? Pernahkah anda rasa ingin melidungi seseorang
dan tidak mahu melepaskannya pergi? Sayang merupakan sebuah perasaan yang
tulus dari sanubari dan sifatnya abadi. Andai kita menyayangi seseorang, kita
tidak sanggup untuk melukai sehingga sanggup mengorbankan hati dan perasaan
sendiri demi insan yang disayangi. Kita akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk
mereka.
Jadi, apakah yang membuatkan cinta dan sayang ini menjadi dua perkara yang
berbeza? Tidak semua orang dapat merealisasikan impian cinta mereka. Andai
takdir berpihak kepada mereka, beruntunglah mereka ini kerana dapat mencintai
dan menyayangi orang yang sama. Namun, tidak bagi mereka yang terpaksa
melepaskan cinta atas kekangan yang tidak dapat dihindari. Walaupun mereka
boleh menyayangi insan yang berada di sisi, belum tentu ia dapat memadamkan
rasa cinta sejati yang pernah terpahat di hati. Perasaan sayang boleh mengikat
kasih namun ia tidak mampu membeli perasaan cinta. Tidak adil bukan?
Percayalah, kita tidak mampu mengawal keinginan hati.
Namun begitu, walaupun kita berhak memilih untuk membahagiakan atau
dibahagiakan, membahagiakan itu jauh lebih indah. Bagi pasangan suami isteri
yang mengalami situasi sebegini, beri fokus kepada pasangan anda yang
tersayang. Jangan runtuhkan rumah tangga yang dibina hanya kerana cebisan
kenangan manis cinta bekas kekasih anda. Ingat, bahagia boleh datang bila-bila
masa sahaja meskipun dengan pilihan yang kedua.
Ingatlah, cinta boleh membuatkan kita bahagia dan cinta juga boleh
membuatkan kita berduka. Teruskanlah kehidupan walaupun pahit,
kuatkan hati, tekadkan semangat, katakan pada diri “aku kuat”.
O L E H : M U H A M M A D I Z A M U D D I N B I N M O H D Z A I N I ,
P P I S M P , P A I 3

