Page 39 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 39

Amalan






                Menabung








            "Kamu  harus  belajar  tentang  menabung  terlebih  dahulu  sebelum
            menghabiskannya." – John Poole
            Menabung merupakan suatu perbuatan menyimpan sedikit wang daripada

            jumlah  wang  yang  diperolehi.  Tidak  dapat  dinafikan  bahawa  amalan
            menabung  ini  memainkan  peranan  yang  signifikan  dalam  kehidupan  kita.
            Namun  begitu,  amalan  ini  masih  tidak  mendapat  sambutan  yang

            menggalakkan dalam kalangan masyarakat.
            Cara-cara untuk memupuk amalan menabung :

            ·Pihak  kerajaan  melancarkan  kempen  amalan  menabung  untuk  memberi
            pendedahan mengenai amalan menabung kepada masyarakat.
            ·Ibu  bapa  menggalakkan  amalan  menabung  dalam  diri  anak-anak  sejak
            kecil lagi.

            ·Pihak sekolah meniupkan minat menabung dalam kalangan pelajar dengan
            menerangkan sebab untuk menabung.

            ·Peranan  individu  sendiri  dalam  menyemai  amalan  menyimpan  wang
            walaupun sedikit.
            Faedah-faedah amalan menabung :

            ·Mendidik  tabiat  berjimat  cermat  agar  tidak  boros  dan  membazir  dalam
            perbelanjaan.
            ·Menjadi bekalan wang sekiranya berlaku kecemasan.

            ·Sebagai simpanan untuk masa hadapan terutama bagi seorang pelajar.
            ·Mengelakkan  amalan  berhutang  kerana  telah  mempunyai  simpanan  yang
            mencukupi.

            Pendek  kata,  amalan  menabung  banyak  memberikan  manfaat  kepada
            seseorang.  Maka,  setiap  individu  perlu  mempraktikkan  budaya  menabung
            bagi mendepani realiti dunia yang sering berubah dan berkembang.






















                                   O L E H :   N U R   S Y A L F A R I N A   B I N T I   M U S T A M I N ,   P P I S M P ,   P A I   3
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44