Page 20 - Buku Pengurusan 2021
P. 20

4.5. Jadual Ganti
                                     4.5.1.  Guru-guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan.
                                     4.5.2.  Jadual  Waktu  Ganti  dianggap  sebagai  waktu  mengajar.  Oleh  itu  guru
                                            mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti.
                                     4.5.3.  Semua  guru  hendaklah  menandatangani  Jadual  Waktu  Ganti  yang
                                            diedarkan sebelum PdPc bermula dan mengepilkannya di dalam e-RPH

                          4.6. Kerja Kelas
                                     4.6.1.  Guru-guru  yang  dijangka  akan  terlibat  dengan  kursus  atau  cuti  atas
                                            sesuatu  hal  tertentu  mestilah  menyediakan  kerja  dan  latihan-latihan
                                            Pelajaran  bagi  kelas-kelas  yang  diajarnya  dan  menerangkan  hal  ini
                                            kepada  Penolong  Kanan  sebelum  meninggalkan  sekolah  untuk
                                            menghadiri kursus atau cuti rehat.

                          4.7. Pengawasan, Penyeliaan dan Pencerapan Dalam Bilik Darjah
                                     4.7.1.  Satu sistem pengawalan perlu diadakan untuk menjayakan perlaksanaan
                                            kurikulum, di antaranya ialah :-
                                            •  Ujian formatif dan sumatif
                                            •  Peperiksaan dan tindak ikut
                                            •  Pengendalian Rekod Penilaian
                                            •  Penubuhan bank item soalan
                                            •  Penyeliaan kerja guru
                                            •  Penyeliaan kerja pelajar, dan
                                            •  Pencerapan dalam bilik darjah
                                     4.7.2.  Penyeliaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas
                                            oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
                                            3/1987).

               5.      GERAK KERJA / AKTIVITI LUAR
                      5.1.    Lawatan / Aktiviti Luar / Aktiviti Kokurikulum
                               i.  Tiap-tiap Guru Kanan / Ketua Panitia / Unit yang mengadakan lawatan / aktiviti luar
                                 hendaklah  membuat  laporan  dan  menyerahkannya  kepada  Pengetua  setelah  ia
                                 dijalankan. Laporan hendaklah difailkan di dalam fail yang berkaitan.
                              ii.  Sebarang  lawatan  yang  dilakukan  oleh  persatuan  dan  kelab,  hendaklah  terlebih
                                 dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pelajaran Negeri.
                              iii.  Untuk  lawatan  ke  luar  negeri,  borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan
                                 Pelajaran Negeri melalui Pengetua. Surat itu mestilah dihantar sekurang-kurangnya
                                 lima minggu sebelum lawatan dilakukan.
                              iv.  Tugas utama guru pengiring adalah mengawasi keselamatan pelajar.
                              v.  Apabila Guru mewakili Pengetua menghadiri mesyuarat / perjumpaan / taklimat atau
                                 guru  yang  menghadiri  aktiviti  seperti  mesyuarat,  ceramah,  kursus,  bengkel,
                                 persidangan dan majlis rasmi yang dikelolakan oleh  KPM, JPN, BPSBP, PPD dan
                                 pihak luar, hendaklah menyediakan MINIT CURAI seperti sukan dan sebagainya Minit
                                 Curai hendaklah disediakan.
                              vi.  Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Pengetua dan satu salinan ke pejabat. Minit
                                 Curai  ini  diserahkan  dua  hari  selepas  aktiviti  diadakan  dan  contoh  adalah  seperti
                                 dijadual bawah.

                      5.2.    Menghadiri Kursus
                               i.  Guru-guru  adalah  diwajibkan  menghadiri  kursus  yang  ditetapkan  oleh  PPD/JPN/
                                 BPSBP/KPM.
                              ii.  Apabila guru diminta menghadiri kursus, sila buat catatan di dalam Buku Pergerakan
                                 Guru di pejabat.
                              iii.  Sediakan tugasan/latihan untuk pelajar yang diajar supaya pelajar tidak membuang
                                 masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
                                                             19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25