Page 170 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 170
Objektif : Mengetahui posisi dan peranan setiap pemain dan dalam
pasukan bola jaring
Bahan : Gambar, video, bib, laptop, televisyen
Masa : 3 jam
Medium komunikasi : Penggunaan bahasa isyarat untuk MBK kurang upaya
pendengaran.
Langkah 1 : i. Berkumpul dalam kelas/ gelanggang/ dewan terbuka.
ii. Guru pembimbing memainkan video pertandingan bola
jarring.
Langkah 2 : i. Guru menerangkan posisi tujuh pemain utama dalam
pertandingan.
ii. Berbincang berkaitan video bola jaring yang ditonton.
Langkah 3 : i. Guru pembimbing mengenal pasti ahli yang pernah
bermain atau mewakili sekolah/ negeri dalam
pertandingan bola jaring.
ii. Ahli yang pernah bermain berkongsi pengalaman dan
berkongsi idea berkaitan bola jaring.
Penutup : Perbincangan dalam kumpulan besar berkaitan sejauh mana
pengetahuan mereka berkaitan posisi dalam bola jaring.
Syarat Perlaksanaan : Semua ahli mengambil bahagian cergas dalam perbincangan
Latihan/ Pengukuhan/ :
Intervensi
Catatan :
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 4
Minggu : Minggu 4
Aktiviti : Gelanggang Bola Jaring
160

