Page 174 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 174

Objektif                   :  MBK  mempelajari  dan  melakukan  jenis-jenis  hantaran  dan
                                              permainan bola jarring.

                Bahan                      :  Bola, bib, gelanggang

                Masa                       :  3 jam
                Medium komunikasi          :  Penggunaan  bahasa  isyarat  diperlukan  untuk  MBK  kurang
                                              upaya pendengaran.

                Langkah 1                  :   Aktiviti pemanasan dan regangan dalam kumpulan.
                Langkah 2                  :  i.  Berpasangan  (dua  orang,  sebiji  bola)  lakukan  latihan
                                                   balingan:
                                                   -  Hantaran  bawah  tangan  dalam  jarak  1  meter  dan  3
                                                      meter (ulangan 5 kali setiap jarak)
                                                   -  Hantaran atas kepala dalam jarak 3 meter dan 5 meter
                                                      (ulangan 5 kali setiap jarak)
                                              ii.  Pertambahan jarak dan ulangan bergantung kepada guru
                                                   pembimbing

                Langkah 3                  :  Permainan kecil : Bola Beracun

                                              i.  Pelajar  dalam  bulatan  –  sasaran  di  tengah  bulatan
                                                   (sekumpulan pelajar) – pihak lawan.
                                              ii.  Hanya  hantaran  bawah  tangan  dibenarkan  untuk
                                                   mengenakan  kaki pihak  lawan  dan  mengeluarkan pihak
                                                   lawan dalam bulatan.

                Penutup                    :  Guru pembimbing memerhati dan menilai tahap penguasaan
                                              MBK (terutama koordinasi motor halus dan motor kasar).


                Syarat Perlaksanaan        :  Latih  tubi  dan  ulangan  diperlukan  untuk  memastikan  MBK
                                              dapat menguasai teknik balingan.

                Latihan/  Pengukuhan/  :
                Intervensi


               Catatan:

               Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan  MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
               yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
               daripada guru pembimbing.



                Modul                      :  Modul 8

                Minggu 8                   :  Minggu 8

                Aktiviti                   :  Kemahiran Asas
                                              -  Pergerakan Kaki
                Objektif                   :  MBK  mampu mengaplikasi peraturan pergerakkan kaki



                                                           164
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179